Thursday, November 12, 2009

LABAIKALLAH HUMMA LABAIK....SERUAN SYAHDU





Salam

Kami baru pulang daripada jamuan keluarga yang akan menunaikan fardu haji tahun 1430H. Datuk Bandar, pegawai-pegawai MBSA dan adik saya sendiri Rosli Md Top akan menjadi tetamu istimewa.

Alhamdulillah..rezeki dan anugerah menjadi tetamu Allah di bumi suci. Peluang meraih banyak pahala ibadah, melihat kaabah, mencium Hajarul aswad(batu syurga), wukuf di Arafah, bermalam di Mudzalifah dan mabit di Mina...satu nostalgia yang sukar di padam daripada jiwa yang merindui kebenaran dan kenikmatan bersama umat akhir zaman. Umat yang di janjikan pelbagai ganjaran jika tabah dan sabar menjaga deen yang di redhai Allah dunia dan akhirat.

Saya lihat tetamu ramai dalam kedua-dua majlis. Alhamdulillah, ramai kenalan dan kawan mendoakan haji mabrur. Maksud hadis haji mabruru tidak ada ganjaran selain jannah...

Mengimbau pemergian saya menunaikan haji dalam tahun 1983 dan 2007 tidak ada perbezaan dari segi tempat tinggal. Kami bersama syaikh dan keluarga...mencabar juga kerana tempat yang jauh.Kali pertama sampai mendaki bukit yang tinggi. Setiap kali kami pulang pasti akan singgah makan makanan arab dan bila kecemasan kami menyamar ke hotel teman untuk menumpang bilik air. Jam 2.00 malam kami dah keluar dan waktu syahdu begitu amat indah untuk berada dalam masjidilharam. Jasad yang sihat satu kelebihan waktu itu..dan pastinya air zam-zam satu hadiah istimewa. Inilah kerinduan yang amat indah. Doa yang lekat di hati saya ialah 'Ya Allah yang tahu apa yang tersirat di hati kami, keluarkanlah kami daripada kegelapan kepada cahaya...kegelapan kerana jahil dan zalim, cahaya petunjuk dan kebenaran.

Di doakan semua tetamu Allah mendapat haji yang mabrur dan jihad dan pengorbanan mereka dalam pelbagai bentuk wang, tenaga dan penyerahan di terima Allah.

No comments:

Post a Comment