Saturday, November 14, 2009

BORANG SUBSIDI BERAS


Vienna Austria






Salam

Pejabat MPP Zon 3 di datangi seorang pemohon 'subsidi beras' kementerian Pertanian Malaysia. Beliau seorang buruh bekerja di stesyen minyak Shell. daripada maklumat keluarga layaklah dia mendapat bantuan seperti seorang asnaf.

Bila di lihat kelayakan yang boleh membuat pengesahan tercatit di situ MPPP. 3 kali P menyebabkan saya bertanya yang P satu tambah ni untuk apa? P tu maksud 'Persekutuan'. Setau saya tidak ada Majlis Perwakilan Penduduk 'Persekutuan'. Pemohon lagilah bingung.

Setiausaha Kehormat saya menalipon kawannya yang pernah menjadi setiausaha MPP dalam pemerintahan sebelum ini. Sahlah dia ada borang lain untuk di isi dan meminta pemohon bertemu dengannya. Saya keliru campur sedih. Keliru kerana saya tidak dapat apa-apa maklumat tentang isu ini kecuali dalam akhbar menyatakan ia satu kelayakan untuk rakyat miskin tegar, sedih kerana saya sudah nampak dengan nyata 'hasad' manusia yang ingin memecahbelahkan umat, tak kira apa bangsa. Ia juga satu petanda bahawa ramai yang nak tunjuk siapa berkuasa tanpa merujuk maksud 'AllahuAkbar yang di laungkan setiap kali kuasa Allah terpampang di mata kasar.

Apa pun saya bukan orang politik dan kurang senang dengan politik tak bermatlamat untuk mencari redho Allah. Ia hanya menambah alasan bahawa saya tidak sesuai menjadi wakil MPP kerana ada lagi orang yang minat dan akan membuat onar 'by hook or by crook' untuk berkuasa. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua dan memilih di kalangan kita 'orang yang terbaik amalnya' WaAllau'alam.

No comments:

Post a Comment