Sunday, January 10, 2010

PROJEK DAN PROGRAM MPP ZON 3 TAHUN 2010


Salam sejahtera

MPP Zon 3 kena memikirkan aktiviti berkesan untuk di tawarkan kepada warga seksyen 7 dan U12 dalam tahun 2010 ini. Masalah besar di seksyen 7 ialah sampah dan parking. Oleh itu kena fokus menyelesaikan isu ini melalui beberapa projek:

1. Memperbaiki kesesakan di kawasan Kawasan Perdagangan (KP) seksyen 7
2. Mengujudkan satu "Taman Tanpa Sampah' di PKNS seksyen 7
3. Program Kitarsemula-Mengasingkan sampah kepada 3 kategori, kertas, kaca dan plastik.
4. Memperbaiki dan menggunakan Dewan PKNS di sebelah Pangsapuri Nilam Sari untu aktiviti bermanfaat, khususnya latihan kompang dan motivasi kumpulan Luqmanulhakim
5. Menjaga kawasan Taman Rekreasi daripada pencerobohan gejala sosial dan pembuang sampah saraf
6. Aktiviti mesra rakyat mengikut persatuan, taman, surau dan kumpulan tertentu.
7. Lawatan sambil belajar

Jika anda ada sebarang idea sila kemukakan. wassalam

Thursday, January 7, 2010

Pencarian Bakat Muda Seksyen 7( Nasyid)


MPP Zon 3, kini Mencari Kumpulan Nasyid PERTAMA di bawah MPP Zon 3!!!!!
Penduduk berdekatan Surau At-Taqwa dan Surau Al-Islah di alu-alukan mendaftar!!!!!!!
Tempat Terhad!!! Cepat!!!!
Nasyid Juga Satu hiburan Yang baik kepada warga Shah Alam!!!!
Siapa cepat dia dapat!!!!!!
Hubungi saya.... PTO MPP zon 3- Mohd Rusydi 0129123917
(Waktu pejabat)

Sunday, January 3, 2010

MPP ZON 3 DAN TAHUN BARU 2010

Salam sejahtera

Alhamdulillah kita telah melangkah ke tahun baru 2010. Doa dan harapan saya MPP Zon 3 kekal bermotivasi dan berjaya dalam pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada warga seksyen 7 dan U12.

Ambang tahun baru SKUAD AMAN memulakan rondaan di dua kawasan, Taman Tasik dan Kawasan Perdagangan Seksyen 7. Kebetulan di i City ada sambutan tahun baru dan persembahan bunga api saya berkesempatan bersama beberapa sukarelawan dan menyerahkan 'nasi arab' kepada mereka. Tahniah dan ucapan terima kasih kerana memulakan usaha murni. Saya telah memaklumkan pihak polis, mbsa dan jais supaya kehadiran SA tidak menimbulkan masalah. Namun saya difahamkan pihak jais sendiri mengadakan operasi dan di fahamkan lebih 50 kes khalwat, minum arak dan berkelakuan sumbang di tangkap di seluruh Selangor.

Apa pun tugas SA membantu di harap tidak merosot bila keadaan mula sibuk selepas sekolah di buka nanti. Buatlah pemantauan yang patut di kawasan masing-masing dan kita akan selaraskan dengan SA dan pihak berwajib nanti.