Sunday, November 8, 2009

KAWASAN INDUSTRI SHAH ALAM

i City grafik



Salam

Saya berpeluang mempengerusikan sebuah jawatankuasa kawasan perindustrian di Seksyen 7 pada petang jumaat 6 November 2009. Satu tugas sukarela membantu Datuk Bandar yang padat dengan pelbagai mesyuarat, namun banyak kelebihannya kerana baru saya tahu betapa sukarnya mengujudkan sebuah kilang dan mencari pekerja mahir untuk kerja-kerja industri.

Pihak i City ada memberikan taklimat mengenai pembangunan cybernya yang di jangka beroperasi sepenuhnya mungkin dalam tahun 2012 di sebabkan kelembapan ekonomi dunia. Apa yang di bangkitkan oleh jiran indusrti kepada i city ialah agar mengambilkira pandangan mereka dalam meluaskan pembangunan i city.

Isu keselamatan mendominasi perbincangan kerana suasana keselamatan kian meruncing di kawasan perindustrian bilamana pekerja asing merupakan mangsa 'mugging' atau 'pau' dalam bahasa malaysianya. Terakhir ialah sebuah industri terpaksa menguruskan 4 pekerja asing yang kehilangan pas kerja setelah di 'rompak' pegawai polis (mungkin menyamar polis) dan mereka di tangkap tanpa memiliki pas kerja oleh pihak imigeresen. Selama 6 jam pegawai syarikat menunggu di pejabat imigeresen Shah Alam, tidak ada sedikit maklumat di berikan seolah-olah pegawai tersebut 'mengemis' belas kasihan. Saya teruja juga kerana janji kerajaan Malaysia dan kini negeri Selangor ingin menjaga kepentingan industri supaya pelabur segera melabur, namun aduan begini adalah satu yang bertentangan dengan dasar. Saya hanya dapat menasihatkan pegawai syarikat supaya mencatit sebarang maklumat nama pegawai, no kereta dan mengecam jantina serta merekod masa kejadian agar dapat di siasat kesahihannya.

Dapat saya bayangkan betapa pekerja asing menerima nasib kurang baik bila wang di rompak dan belanja makan minumnya bagaimana. Atau adakah kita menjangka mereka membalas dendam dan mencari sara hidup dengan merompak semula? saya tidak jangka demikian kerana akan jadi 'double jeopardy' (dua kali malang)kiranya tertangkap. Bagaimana agaknya kalau anak cucu kita kemudian hari merempat di negara orang...dan mereka di perlakukan demikian? Tidakmustahil jika kita sedar kata pepatah 'what goes around comes around' apa yang kita tanam akan kita tuai

Akhirnya saya mohon agar ahli mesyuarat sama-sama menjaga kawasan seksyen 7 dalam program kemasyarakatan yang akan di adakan dalam bulan Disember kerana dengan cara ini kita akan sedikit sebanyak merasai betapa bertuahnya kita di anugerahkan Bandaraya yang indah, cantik dan hijau dengan pemandangan serta pembangunan yang tercanggih...berbanding dnegan banyak tempat lain.

Saya mempelawa mereka menyertai SKUADAMAN, satu kumpulan sukarelawan yang ingin menjaga kesejahteraan Seksyen 7 Shah Alam khususnya dan jika berjaya dapat di perkenalkan kepada Bandaraya Shah Alam seluruhnya. WaAllau'alam.

No comments:

Post a Comment