Monday, April 19, 2010

MESYUARAT MPP APRIL 2010

Salam sejahtera

Isnin 19 April 2010 9 malam satu mesyuarat MPP Zon 3 di adakan bertujuan membuat post mortem program karnival Taman Tasik Seksyen 7. Beberapa agenda baru turut di bincangkan bagi mendapat persetujuan.

Pengerusi MPP Zon 3 merujuk kepada surat yang di sampaikan kepada Y Bhg Datuk Bandar Shah Alam dan Pengarah-pengarah jabatan di MBSA seperti dalam tulisan sebelum ini. Semua perkara yang di bangkitkan di beri tugas pemantauan kepada ahli MPP.

Cadangan daripada Sargent Halim mengadakan program karnival futsal pada 15 Mei. Oleh itu program bicara petang bersama Ust Badrul Amin di tunda kapada 29 Mei.

Pada hari Ahad 25 April 2010 satu taklimat berkaitan projek kitarsemula minyak masak akan diadakan di pangsapuri nilamsari blok 55 jam 10 pagi. Semua ahli Skuad bersih di minta hadir untuk mendengar taklimat. Begitu juga ahli JMB dan wakil surau berdekatan. Pelajar Sri Pintar juga akan di jemput menyertai. Encik Chan di minta mengetuai projek ini.

Banner mengenai pelbagai arahan kepada pengguna taman tasik akan di usahakan oleh pihak MPP bagi mengelak berterusan amalan kurang sihat di taman tasik.

Satu banner akan di buat memuatka aktiviti mpp zon 3 yang akan menjadi bil board di letakkan di sebelah tanda arah MPP Zon 3. Ini memungkinkan ramai penduduk tahu aktiviti yang di jalankan.

Skuad aman akan terus menjalankan aktiviti, kali ini menyertakan anggota RELA dan sekiranya telah mantap seramai 40 orang akan di beri sijil penyertaan.

Tuesday, April 6, 2010

Post - Moterm Perasmian Taman Rekreasi Seksyen 7

POST MORTEM PROGRAM PERASMIAN TAMAN TASIK REKREASI SEKYEN 7 SHAH ALAM

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas


2. Tahniah di ucapkan kerana MBSA telah berjaya mempromosikan Taman Tasik Rekreasi Seksyen 7 pada 3 dan 4 April 2010 baru-baru ini


3. Pemerhatian dan tinjauan saya bersama AJK MPP Zon 3 sepanjang perjalanan program merumuskan perkara-perkara berikut di beri perhatian:

(i) Sekurang-kurang lima (5) peniaga tanpa lesen yang kini berniaga di bahu jalan sekitar Taman Tasik telah di beri gerai dalam program baru-baru ini. Mereka memohon di berikan lesen dan tempat berniaga di sekitar Taman Tasik Seksyen 7. Perkara ini telah turut di kemukakan kepada YB Tn Hj. Yaakob Safari yang telah meminta cadangan di kemukakan kepada pihak beliau untuk mendapatkan pembiayaan membina gerai peniaga mudah seperti yang terdapat di seksyen 18 (berhadapan CIMB). Lokasi hendaklah sesuai dan melengkapkan kiosk sedia ada

(ii) Keperluan menyediakan tempat berteduh (Gazebo) di hadapan kiosk sedia ada bagi membolehkan pengunjung terutama keluarga menjamu selera. Ia juga memberi peluang pelancong luar berada lebih lama menikmati keindahan Taman Tasik Seksyen 7. Perkara ini telah di kemukakan sebelum ini untuk MBSA mendapatkan sumbangan CSR daripada mana-mana syarikat/pemaju yang ingin menyertai program mampan LA21

(iii) Memohon di bina dua tangga/pintu/jambatan masuk ke kiosk sedia ada bagi memudahkan pelanggan mengunjungi (tidak by-pass) kiosk tersebut

(iv) Menyediakan surau dan tempat berwuduk untuk kemudahan pengunjung beragama Islam menunaikan solat bila-bila masa di perlukan

(v) Menyediakan net penghalang sampah di hulu (kawasan perumahan) longkang menghala ke tasik bagi mengelak sampah melimpah ke dalam tasik selepas hujan lebat dan mengelak bau busuk berikutannya

(vi) Menambahkan capacity bekalan elektrik sekitar kawasan Taman Tasik Seksyen 7 sebagai persiapan pelbagai program masa akan datang

(vii) Menambak semula kawasan air bertakung/tanah tidak rata bagi mengelak tempat pembiakan aedes.

(viii) Merancang di adakan program bulanan dengan kerjasama pihak tertentu yang berunsur pendidikan mampan, kemasyarakatan, kekeluargaan, kitarsemula dan untuk remaja di kawasan tasik, antaranya wayang pacak Upin Ipin, skuad bersih, memancing keluarga, pertandingan/persembahan seni pertahanan diri, Bot laju, kayak, kompang, berbasikal dan larian keluarga. (kesemua aktiviti ini mendapat sambutan baik dalam program baru-baru ini).

(ix) Mendapatkan kerjasama pihak i-City menganjurkan program berkala yang dapat meningkatkan kualiti masyarakat Shah Alam dalam bidang cyber dan multimedia yang sihat (bukan judi).


4. Sukacita saya mengangkatkan perkara-perkara tersebut di atas untuk perhatian pihak Y Bhg Dato' sebagai satu usaha penambahbaikan kemudahan fizikal Taman Tasik Seksyen 7 dan pengisian minda serta kerohanian masyarakat Shah Alam, khususnya warga MPP Zon 3 yang dapat menyumbang kepada program Mampan LA21. Kami di MPP Zon 3 sedia bekerjasama untuk merealisasikan cadangan dan syur yang di kemukakan, terima kasih


WASSALAM

DATIN NOR’INI MD TOP

AHLI MAJLIS / PENGERUSI

MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK (MPP) ZON 3