Tuesday, November 10, 2009

AHLI MPP ZON 3 MENUNAIKAN HAJI

















Salam

Sargent Halim dan isteri telah berlepas menunaikan haji pada petang Isnin 9 November. Memandangkan masa yang terlalu singkat beliau mendapat berita daripada pihak Tabung Haji kami MPP Zon 3 tidak sempat membuat apa-apa kecuali menzarahi rumahnya di kuarters Polis seksyen 6 Shah Alam pada malam 8 November 2009.

Kami menucapkan selamat pergi dan kembali semoga mereka suami isteri dapat meraih Haji Mabrur. Panggilan ke tanah suci merupakan lambaian Allah sebagai tetamu dan pastinya Allah yang maha pengasih akan memperlakukan umatNya dengan penuh kerahmatan. Bagi yang pernah menjijakkan kaki ke tanah suci ia merupakan kenangan manis serupa kita rindukan kampong halaman. Kerinduan yang terisi dengan pelbagai peristiwa, pengalaman dan keasyikan beribadah ditanah suci Mekah dan Madinah menyebabkan kita tidak langsung ingat apa yang kita tinggalkan di tanah air, kecualilah sekarang ini teknologi canggih memudahkan kita berkomunikasi dan tidak sukar menyampai berita dan perkembangan mutakhir.

Bagi semua penduduk warga MPP Zon 3 yang menjadi tetamu Allah tahun hijrah 1430 ini kami di MPP Zon 3 mengucapkan tahniah dan selamat beribadat. Doakan kami agar dapat menjadi tetamu Allah dalam tahun-tahun akan datang. Pada hari wukuf 9 Zulhijjah yang jatuhnya pada 26 November bagi yang mampu berpuasa sunatlah dan memohon kepada Allah segala kebaikan dunia dan akhirat. WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment