Sunday, November 15, 2009

KRAF KREATIF MBSA








Salam

Satu berita gembira telah sampai ke pengetahuan saya bahawa hasil latihan Kraf Kreatif MBSA telah membuahkan kejayaan kepada Puan Shidah. Selain beliau menjadi instruktor kepada ibu-ibu yang menjalani kursus 3 bulan anjuran MBSA, baru-baru ini satu tawaran mengajar masyarakat di Kelantan telah di terima. Dengarnya bayaran lumayan. Tahniah kerana tabah, istiqamah dan hasil berkualiti.


Sesungguhnya setiap kejayaan ada rahsianya. PERTAMA, niat yang jelas menjadikan semua penglibatan kita sebagai amal soleh; KEDUA mesti ada keikhlasan dalam melibatkan diri, buka kerana paksaan atau sekadar mengisi masa lapang atau malu alah; KETIGA mesti ada minat dan passion meningkat ilmu ke tahap memimpikan hasil yang dapat anugerah satu masa nanti,;KEEMPAT mesti ada sifat berkorban untuk menjadikan diri seorang pakar yang mahir, bertanggungjawab jika di beri amanah memimpin dan menyelaras sesuatu tugas yang berkaitan dan akhirnya yang KELIMA, usaha yang gigih, istiqamah dan tidak mudah putus asa.


Contoh pin hiasan tudung



Kelima-lima unsur di atas saya dapat nilai daripada ratusan ibu-ibu yang ingin saya bantu melepaskan diri daripada belenggu tekanan kemiskinan dan kemurungan hidup satu ketika dahulu. Ramai yang terkandas dan masih bergelumang dalam situasi yang sama, Penilaian ini membuatkan saya tidak lagi beria-ia mendesak ibu-ibu yang belum bersedia kerana akan menjadi usaha yang sia-sia, fitnah serta dosa jika kita sering mengungkit-ungkit khidmat dan sumbangan yang di berikan.

Apap pun saya simpan segala rahsia kelemahan ibu-ibu dan wanita yang saya dampingi dengan mendoakan supaya mereka dapat sedar satu hari yang belum lama daripada sekarang betapa pentingnya sikap berdikari dan tidak hanya meminta-minta. Mentaliti 'subsidi' telah begitu sebati dalam masyarakat Melayu di negara kita ke tahap ramai yang 'kedekut' masa untk menambah ilmu dan kemahiran kerana akan sentiasa ada 'tangan-tangan' yang menghulur, almaklum rakyat Malaysia golongan yang pemurah.

Saya juga berdoa peserta program-program yang saya asaskan, antaranya 'motivasi mawaddah', kraf kitarsemula, pin hiasan dan lukisan akan menjadikan pengalaman mereka satu proses pengkayaan yang perlu berlaku kepada manusia selagi mereka mahu 'hidup' Konsep 'hidup' ialah berbakti dan membuat sejarah sekurang-kurangnya pada diri dan keluarga sendiri.

WaAllahu'alam.

No comments:

Post a Comment