Tuesday, November 3, 2009

BENGKEL HUJUNG MINGGU (BHM)


Salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog MPP Zon 3 'skuadaman.blogspot'

Alhamdulillah MPP Zon 3 telah merangka program Bengkel Hujung Minggu (BHM) mulai bulan November hingga Januari setiap Ahad 10.00/11.00 pagi- 12.00 tengahari/1.00 petang bagi merintis jalan kepada penguasaan pelbagai kemahiran yang mungkin di minati penduduk MPP Zon 3.




Tawaran di utamakan kepada golongan remaja dan orang dewasa ke arah melahirkan pakej kekeluargaan yang menjadi misi MPP Zon 3 kali ini.






Jadual BHM adalah seperti berikut:

1. Sepanjang bulan November 2009 - Bengkel Folk Art iaitu lukisan kreatif menggunakan acrylic colour and painting 11.00 pagi- 1.00 petang

2. Sepanjang bulan Disember 2009 - Bengkel mempelajari asas bahasa Tamil - 10 pg-12thari

3. Sepanjang bulan Januari 2010 - Bengkel mempelajari asas bahasa Mandarin-10 pg-12thari

Di samping itu MPP Zon 3 telah di pilih oleh MBSA untuk membantu program perasmian Taman Tasik @7 di Seksyen 7 sempena perayaan hari keputeraan DYMM Sultan Selangor pada 11 dan 12 Disember 2009. Satu Karnival di cadang di jalankan dengan pelbagai aktiviti yang di rangka sendiri oleh penduduk dan anggota masyarakat MPP Zon 3. Pembiayaan program adalah melalui penajaan pihak korporat yang sudi memberi sumbangan.

Satu team SKUAD AMAN (SA) di jangka akan di lancarkan pada 15 November 2009. Tujuan SA ialah untuk mengeratkan persaudaraan dan silaturrahim antara penduduk melalui kerja sukarelawan yang akan di pelopori oleh AJK MPP Zon 3. Bagi ahli MPP ia satu tugas WAJIB yang mana jika mereka tidak dapat menyertai SA mungkin mereka boleh memberi ruang dan peluang kepada peserta lain mewakili penduduk MPP Zon 3. Antara kerja amal yang boleh di lakukan ialah bekerjasama dengan pihak Polis, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) serta surau-surau yang berada dalam MPP Zon 3 untuk mendekati anak-anak remaja dan pelajar IPT yang terlibat dalam pelbagai gejala sosial/salahlaku. Mereka akan di jemput dan di beri keutamaan menyertai program yang di anjurkan MPP atau MBSA.

Satu pasukan kompang juga sedang menjalani latihan di Pangsapuri Nilamsari Jalan Plumbum 7/100 Seksyen 7. Seramai 13 peserta remaja telah di kumpulkan dan mereka akan mempelopori team kompang MPP Zon 3 untuk menyertai pelbagai persembahan dalam program yang di anjurkan MPP Zon 3. Latihan yang juga di rancang meliputi coaching nasyid adalah di buat dengan kerjasama Kumpulan Nasyid Daie.

Setiap pagi Sabtu jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari Dewan Melur Jalan Amber 7/16 Seksyen 7 telah di tempah khas untuk permainan baminton bersama ahli keluarga. Khas kepada pasukan Futsal keluarga gelanggang futsal yang terletak di sebelah Dewan Melur juga akan menyediakan tempat latihan setiap Sabtu jam 10.00 malam.

Bagi anak-anak pra sekolah hingga ke tahun 3 sekolah rendah program 'English is Fun' sedang di rancang dengan kerjasama Pertubuhan Mawaddah Malaysia. Dua program akan di adakan pada hari Ahad pada tarikh dan tempat yang akan di tetapkan jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Selaku pengerusi MPP Zon 3 saya bukan sekadar mewakili MBSA untuk membantu masyarakat mendapat faedah dalam pelbagai program kemasyarakatan bercirikan 'Mesra Rakyat', tetapi lebih daripada itu ialah untuk memantau seluruh kawasan MPP zon 3 dari segi keselesaan infastruktur, kebersihan dan keselamatan penduduk.

Wawasan saya bagi MPP Zon 3 ialah melahirkan keluarga sejahtera dalam semua aspek kehidupan iaitu keyakinan dan kepercayaan (akidah), pemikiran dan pengetahuan, persaudaraan dan kejiranan, keusahawanan dan kewangan serta persekitaran yang hijau dan bersih agar dapat menjadi contoh kepada masyarakat di kawasan lain.

WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment