Saturday, November 28, 2009

PROGRAM MPP ZON 3 DISEMBER 2009 DAN TAHUN 2010

Salam

Saya di fahamkan sepanjang musim 'korban' MPP Zon 3 ada mengaturkan jentera 'penggali lobang' untuk urusan korban Aidiladha. Tahniah dan terima kasih kepada MBSA kerana membantu warga MPP Zon 3.

Program-program yang di atur dalam bulan-bulan mendatang adalah:

Program 'kembali ke sekolah' dengan kerjasama NGO
English is fun untuk anak-anak pengsapuri seksyen 7
Dialog dengan penduduk dan kontrektor Alam Flora
Pemilihan pengusaha kiosk Taman Tasik sek 7
Kerjasama dengan i City sempena perayaan Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor
Program kompang / nasyid remaja di Nilam Sari
Program senamrobik wanita dan ahli keluarga
Program silat remaja
Program berbahasa Tamil dan Mandarin di MPP
Program untuk AJK MPP: kelas khas Mandarin setiap Jumaat 8mlm mula selepas Aidiladha
Program tuisyen PMR KHAS di MPP
Program berkhatan
Program berbasikal setiap ahad di U12
program kitarsemula dengan mengumpul majalah astro dan baju terpakai di MPP Zon 3
Program 'Urban Camp' pada 11 dan 12 Disember anjuran bersama MBSA
Pelancaran Skuad Aman selepas Aidiladha
Program sukan futsal dan badminton
Program keusahawanan dan bengkel remaja/one stop corner/halal hub
Program Harfiah setiap 8 pagi khamis
program bengkel 'cooking for health' hujung minggu untuk wanita
Program 'usrah' dewasa dan remaja
Program lawatan dan expedition-memanah, berenang dan menunggang kuda
program pasar rakyat di kawasan Perdagangan Sek 7
Program kuliah bulanan MPP Zon 3- 'Kembali kepada Fitrah'

Di maklumkan program karnival di batalkan kerana Taman Tasik belum bersedia untuk di rasmikan kesan hujan yang menyebabkan tanah sekitar mendap

Sila hubungi PTO MPP Zon 3 Rusydi 012 912 3917 untuk keterangan lanjut.

Friday, November 20, 2009

TAKLIMAT KESELAMATAN





Salam

Rabu 18 November 2009 mpp zon 3 mengadakan taklimat keselamatan oleh pihak polis. Inspektor Zamri hadir memberi taklimat yang jelas.
Ramai wakil surau dan penduduk hadir termasuk wakil U12. Pertama kali juadah hidangan habis penuh barakah.

Dua aktiviti baru tercetus hasil perkenalan dengan dua orang warga zon. En sabri mengusulkan program kitarsemula sisa pepejal sementara En Khalid daripada U12 sedia berkongsi
tentang riadah berbasikal setiap pagi ahad.

Alhamdulillah masing-masing yang hadir berpuashati dan menerima jawapan yang baik daripada inspektor. Program di pengerusikan oleh Dato' Muhammad Safaruddin dibantu oleh en Norazizan yang menjelaskan peranan Skuad Aman adalah sebagai teman dan tidak sekali-kali mengambil peranan pihak Polis, Jais, Penguatkuasa MBSA atau sukarelawan rukun tetangga.

Dengan tertubuhnya Skuad Aman semua nama-nama sukarelawan akan di kemukakan kepada pihak Polis dan Jais. Ini adalah untuk mengelak daripada mana-mana pihak memburukkan imej Skuad Aman berikutan tingkah laku mereka yang bercanggah. Tambahan semua rondaan akan di syaratkan berjadual dan di bawah pengetahuan pihak Polis serta di wakili sekurang-kurangnya 10 ahli supaya berlaku sikap nasihat menasihati.

Sunday, November 15, 2009

KRAF KREATIF MBSA








Salam

Satu berita gembira telah sampai ke pengetahuan saya bahawa hasil latihan Kraf Kreatif MBSA telah membuahkan kejayaan kepada Puan Shidah. Selain beliau menjadi instruktor kepada ibu-ibu yang menjalani kursus 3 bulan anjuran MBSA, baru-baru ini satu tawaran mengajar masyarakat di Kelantan telah di terima. Dengarnya bayaran lumayan. Tahniah kerana tabah, istiqamah dan hasil berkualiti.


Sesungguhnya setiap kejayaan ada rahsianya. PERTAMA, niat yang jelas menjadikan semua penglibatan kita sebagai amal soleh; KEDUA mesti ada keikhlasan dalam melibatkan diri, buka kerana paksaan atau sekadar mengisi masa lapang atau malu alah; KETIGA mesti ada minat dan passion meningkat ilmu ke tahap memimpikan hasil yang dapat anugerah satu masa nanti,;KEEMPAT mesti ada sifat berkorban untuk menjadikan diri seorang pakar yang mahir, bertanggungjawab jika di beri amanah memimpin dan menyelaras sesuatu tugas yang berkaitan dan akhirnya yang KELIMA, usaha yang gigih, istiqamah dan tidak mudah putus asa.


Contoh pin hiasan tudung



Kelima-lima unsur di atas saya dapat nilai daripada ratusan ibu-ibu yang ingin saya bantu melepaskan diri daripada belenggu tekanan kemiskinan dan kemurungan hidup satu ketika dahulu. Ramai yang terkandas dan masih bergelumang dalam situasi yang sama, Penilaian ini membuatkan saya tidak lagi beria-ia mendesak ibu-ibu yang belum bersedia kerana akan menjadi usaha yang sia-sia, fitnah serta dosa jika kita sering mengungkit-ungkit khidmat dan sumbangan yang di berikan.

Apap pun saya simpan segala rahsia kelemahan ibu-ibu dan wanita yang saya dampingi dengan mendoakan supaya mereka dapat sedar satu hari yang belum lama daripada sekarang betapa pentingnya sikap berdikari dan tidak hanya meminta-minta. Mentaliti 'subsidi' telah begitu sebati dalam masyarakat Melayu di negara kita ke tahap ramai yang 'kedekut' masa untk menambah ilmu dan kemahiran kerana akan sentiasa ada 'tangan-tangan' yang menghulur, almaklum rakyat Malaysia golongan yang pemurah.

Saya juga berdoa peserta program-program yang saya asaskan, antaranya 'motivasi mawaddah', kraf kitarsemula, pin hiasan dan lukisan akan menjadikan pengalaman mereka satu proses pengkayaan yang perlu berlaku kepada manusia selagi mereka mahu 'hidup' Konsep 'hidup' ialah berbakti dan membuat sejarah sekurang-kurangnya pada diri dan keluarga sendiri.

WaAllahu'alam.

Saturday, November 14, 2009

BORANG SUBSIDI BERAS


Vienna Austria






Salam

Pejabat MPP Zon 3 di datangi seorang pemohon 'subsidi beras' kementerian Pertanian Malaysia. Beliau seorang buruh bekerja di stesyen minyak Shell. daripada maklumat keluarga layaklah dia mendapat bantuan seperti seorang asnaf.

Bila di lihat kelayakan yang boleh membuat pengesahan tercatit di situ MPPP. 3 kali P menyebabkan saya bertanya yang P satu tambah ni untuk apa? P tu maksud 'Persekutuan'. Setau saya tidak ada Majlis Perwakilan Penduduk 'Persekutuan'. Pemohon lagilah bingung.

Setiausaha Kehormat saya menalipon kawannya yang pernah menjadi setiausaha MPP dalam pemerintahan sebelum ini. Sahlah dia ada borang lain untuk di isi dan meminta pemohon bertemu dengannya. Saya keliru campur sedih. Keliru kerana saya tidak dapat apa-apa maklumat tentang isu ini kecuali dalam akhbar menyatakan ia satu kelayakan untuk rakyat miskin tegar, sedih kerana saya sudah nampak dengan nyata 'hasad' manusia yang ingin memecahbelahkan umat, tak kira apa bangsa. Ia juga satu petanda bahawa ramai yang nak tunjuk siapa berkuasa tanpa merujuk maksud 'AllahuAkbar yang di laungkan setiap kali kuasa Allah terpampang di mata kasar.

Apa pun saya bukan orang politik dan kurang senang dengan politik tak bermatlamat untuk mencari redho Allah. Ia hanya menambah alasan bahawa saya tidak sesuai menjadi wakil MPP kerana ada lagi orang yang minat dan akan membuat onar 'by hook or by crook' untuk berkuasa. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua dan memilih di kalangan kita 'orang yang terbaik amalnya' WaAllau'alam.

Friday, November 13, 2009

BANJIR DI PUSAT KOMMERSIAL SEKSYEN 7









Salam
Khamis 12 November 2009 akibat hujan lebat, kawasan takungan air taman tasik @7 melimpah dan air tersekat di kawasan Pusat Komersial berhampiran pasaraya Bintang menyebabkan banjir.  Kawasan Surau lebih dua kaki di naiki air dan semua peralatan serta karpet di tenggelami air.  Kerja-kerja pembaikan sedang di jalankan oleh pihak MBSA dan i City, di harap ianya kukuh supaya banjir tidak berulang lagi. 

Selaku Ahli Majlis saya rasa tercabar juga kerana menjaga -( jalanraya di Filipina di penuhi air)
 Zon yang penuh cabaran, lepas satu, satu masalah timbul.  Saya berdoa kita tidak mengalami kesan ketidak berperaturan pembangunan dan substandard kualiti pembanguann di tambah dengan kebejatan rasuah dan kurang perancangan yang berlaku di filipina kerana hasilnya tengoklah sendiri penderitaan rakyat.






           Banjir di Filipina

Thursday, November 12, 2009

LABAIKALLAH HUMMA LABAIK....SERUAN SYAHDU





Salam

Kami baru pulang daripada jamuan keluarga yang akan menunaikan fardu haji tahun 1430H. Datuk Bandar, pegawai-pegawai MBSA dan adik saya sendiri Rosli Md Top akan menjadi tetamu istimewa.

Alhamdulillah..rezeki dan anugerah menjadi tetamu Allah di bumi suci. Peluang meraih banyak pahala ibadah, melihat kaabah, mencium Hajarul aswad(batu syurga), wukuf di Arafah, bermalam di Mudzalifah dan mabit di Mina...satu nostalgia yang sukar di padam daripada jiwa yang merindui kebenaran dan kenikmatan bersama umat akhir zaman. Umat yang di janjikan pelbagai ganjaran jika tabah dan sabar menjaga deen yang di redhai Allah dunia dan akhirat.

Saya lihat tetamu ramai dalam kedua-dua majlis. Alhamdulillah, ramai kenalan dan kawan mendoakan haji mabrur. Maksud hadis haji mabruru tidak ada ganjaran selain jannah...

Mengimbau pemergian saya menunaikan haji dalam tahun 1983 dan 2007 tidak ada perbezaan dari segi tempat tinggal. Kami bersama syaikh dan keluarga...mencabar juga kerana tempat yang jauh.Kali pertama sampai mendaki bukit yang tinggi. Setiap kali kami pulang pasti akan singgah makan makanan arab dan bila kecemasan kami menyamar ke hotel teman untuk menumpang bilik air. Jam 2.00 malam kami dah keluar dan waktu syahdu begitu amat indah untuk berada dalam masjidilharam. Jasad yang sihat satu kelebihan waktu itu..dan pastinya air zam-zam satu hadiah istimewa. Inilah kerinduan yang amat indah. Doa yang lekat di hati saya ialah 'Ya Allah yang tahu apa yang tersirat di hati kami, keluarkanlah kami daripada kegelapan kepada cahaya...kegelapan kerana jahil dan zalim, cahaya petunjuk dan kebenaran.

Di doakan semua tetamu Allah mendapat haji yang mabrur dan jihad dan pengorbanan mereka dalam pelbagai bentuk wang, tenaga dan penyerahan di terima Allah.

Wednesday, November 11, 2009

KELAS HARFIAH ALQURAN DI MPP ZON 3




Salam

Alhamdulillah. Hampir tiga bulan kelas hafiah Alquran telah di jalankan di pejabat MPP Zon 3 di bawah bimbingan Ustaz Shafie daripada Bahtera Consultant.

Bilangan pelajar yang kekal menghampiri 15 orang walaupun kadangkala tugasan dan urusan kecemasan menyebabkan ketidakhadiran. Saya sendiri sering di halangi tugas mesyuarat dan perbincangan di MBSA. Rasa juga kehilangan majlis ilmu yang saya seringkali katakan ia 'Taman-taman syurga'.

Setiap kali saya hadir dalam pengajian 'taman syurga' hati saya amat tenang dan rasa ilmu Allah mengalir deras. Saya menyeru warga MPP Zon 3 daripada kalangan ibu-ibu datanglah menyertai kelas dua jam ini mulai 8.00 pagi setiap hari Khamis. Saya pernah bertanya ustaz boleh kah peserta lelaki hadir, beliau tidak menghalang jika ada yang sudi. Bayaran empat minggu pelajaran hanya RM50.00 (Ringgit Malaysia lima puluh sahaja). Setakat ini tidak ada lagi kelas ini mengumumkan cuti, di harap ia akan di teruskan walaupun musim cuti sekolah dan mungkin boleh bawa anak-anak yang remaja menyertainya. Sila hubungi en Rusydi 03 5510 5084

Tuesday, November 10, 2009

AHLI MPP ZON 3 MENUNAIKAN HAJI

















Salam

Sargent Halim dan isteri telah berlepas menunaikan haji pada petang Isnin 9 November. Memandangkan masa yang terlalu singkat beliau mendapat berita daripada pihak Tabung Haji kami MPP Zon 3 tidak sempat membuat apa-apa kecuali menzarahi rumahnya di kuarters Polis seksyen 6 Shah Alam pada malam 8 November 2009.

Kami menucapkan selamat pergi dan kembali semoga mereka suami isteri dapat meraih Haji Mabrur. Panggilan ke tanah suci merupakan lambaian Allah sebagai tetamu dan pastinya Allah yang maha pengasih akan memperlakukan umatNya dengan penuh kerahmatan. Bagi yang pernah menjijakkan kaki ke tanah suci ia merupakan kenangan manis serupa kita rindukan kampong halaman. Kerinduan yang terisi dengan pelbagai peristiwa, pengalaman dan keasyikan beribadah ditanah suci Mekah dan Madinah menyebabkan kita tidak langsung ingat apa yang kita tinggalkan di tanah air, kecualilah sekarang ini teknologi canggih memudahkan kita berkomunikasi dan tidak sukar menyampai berita dan perkembangan mutakhir.

Bagi semua penduduk warga MPP Zon 3 yang menjadi tetamu Allah tahun hijrah 1430 ini kami di MPP Zon 3 mengucapkan tahniah dan selamat beribadat. Doakan kami agar dapat menjadi tetamu Allah dalam tahun-tahun akan datang. Pada hari wukuf 9 Zulhijjah yang jatuhnya pada 26 November bagi yang mampu berpuasa sunatlah dan memohon kepada Allah segala kebaikan dunia dan akhirat. WaAllahu'alam

Sunday, November 8, 2009

KAWASAN INDUSTRI SHAH ALAM

i City grafik



Salam

Saya berpeluang mempengerusikan sebuah jawatankuasa kawasan perindustrian di Seksyen 7 pada petang jumaat 6 November 2009. Satu tugas sukarela membantu Datuk Bandar yang padat dengan pelbagai mesyuarat, namun banyak kelebihannya kerana baru saya tahu betapa sukarnya mengujudkan sebuah kilang dan mencari pekerja mahir untuk kerja-kerja industri.

Pihak i City ada memberikan taklimat mengenai pembangunan cybernya yang di jangka beroperasi sepenuhnya mungkin dalam tahun 2012 di sebabkan kelembapan ekonomi dunia. Apa yang di bangkitkan oleh jiran indusrti kepada i city ialah agar mengambilkira pandangan mereka dalam meluaskan pembangunan i city.

Isu keselamatan mendominasi perbincangan kerana suasana keselamatan kian meruncing di kawasan perindustrian bilamana pekerja asing merupakan mangsa 'mugging' atau 'pau' dalam bahasa malaysianya. Terakhir ialah sebuah industri terpaksa menguruskan 4 pekerja asing yang kehilangan pas kerja setelah di 'rompak' pegawai polis (mungkin menyamar polis) dan mereka di tangkap tanpa memiliki pas kerja oleh pihak imigeresen. Selama 6 jam pegawai syarikat menunggu di pejabat imigeresen Shah Alam, tidak ada sedikit maklumat di berikan seolah-olah pegawai tersebut 'mengemis' belas kasihan. Saya teruja juga kerana janji kerajaan Malaysia dan kini negeri Selangor ingin menjaga kepentingan industri supaya pelabur segera melabur, namun aduan begini adalah satu yang bertentangan dengan dasar. Saya hanya dapat menasihatkan pegawai syarikat supaya mencatit sebarang maklumat nama pegawai, no kereta dan mengecam jantina serta merekod masa kejadian agar dapat di siasat kesahihannya.

Dapat saya bayangkan betapa pekerja asing menerima nasib kurang baik bila wang di rompak dan belanja makan minumnya bagaimana. Atau adakah kita menjangka mereka membalas dendam dan mencari sara hidup dengan merompak semula? saya tidak jangka demikian kerana akan jadi 'double jeopardy' (dua kali malang)kiranya tertangkap. Bagaimana agaknya kalau anak cucu kita kemudian hari merempat di negara orang...dan mereka di perlakukan demikian? Tidakmustahil jika kita sedar kata pepatah 'what goes around comes around' apa yang kita tanam akan kita tuai

Akhirnya saya mohon agar ahli mesyuarat sama-sama menjaga kawasan seksyen 7 dalam program kemasyarakatan yang akan di adakan dalam bulan Disember kerana dengan cara ini kita akan sedikit sebanyak merasai betapa bertuahnya kita di anugerahkan Bandaraya yang indah, cantik dan hijau dengan pemandangan serta pembangunan yang tercanggih...berbanding dnegan banyak tempat lain.

Saya mempelawa mereka menyertai SKUADAMAN, satu kumpulan sukarelawan yang ingin menjaga kesejahteraan Seksyen 7 Shah Alam khususnya dan jika berjaya dapat di perkenalkan kepada Bandaraya Shah Alam seluruhnya. WaAllau'alam.

Thursday, November 5, 2009

ATUK DULU AHLI MAJLIS




salam.

Program latihan di Morib tamat dengan peresmian oleh Yb Dr Zulkifli Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor. Ramai yang meminati ceramahnya yang menggunakan kata-kata yang 'sharp' dan berkesan. Walaupun program latihan telah tamat namun semua di minta menunggu untuk bergambar ramai.

Kata-kata "we are long in rhetorics and short in specifics" di lontarkan kerana beliau bimbang Ahli Majlis di selangor hanya pandai bercakap tapi tidak dapat melaksana. Saya pun rasa tercabar kerana banyak program yang di atur tidak dapat di laksana atas pelbagai alasan, antaranya tidak cukup masa.

Yang lebih menarik ialah pesanan YB agar meninggalkan warisan yang baik demi anak cucu. Satu masa nanti cucu akan tanya 'atuk buat apa dulu'...kita akan jawab 'dulu atuk Ahli Majlis' masing-masing tergelak suka...mudah-mudahan kerja Ahli Majlis benar-benar berkat dunia akhirat.

Wednesday, November 4, 2009

CELEBERITY AND CELEBERATION


Salam and regards to all readers.

This is my second training session at Institut Latihan Pihak Berkuasa Tempatan Selangor (ILPBT) Morib. It is called 'Kursus Asas Pengurusan Bagi Ahli-ahli Majlis PBT Selangor siri AM3/2009 3,4 & 5 November 2009.

I happened to be one of the elderly participants. Nonetheless l find the training beneficial and a lot of new things were exposed to us councillors. My heartiest congratulation to the organizer for making our stay fruitful.


One interesting experience was to become a celeberity at the beach. Both Dr Daroyah and me had a fun time welcoming the wave as it touched the shore. How many decades had passed since l learned the phrase ' She sells sea shell at the sea shore'.


On the second day during tea break we had a surprise celeberation for three of our colleagues whose birthdays came within one or two days before 4th November. Everyone sang "Allah Selamatkan kamu dan kami semua'. It was quite touching to know that someone cared for us Ahli Majlis, some like me are already reaching senior citizen status.

During breakfast on the third day we were talking about the rise and fall of leaders. Learning and adopting from Prophet Muhammad saw as profound leader recognized worldwide, a significant benchmark was his unblemished character. We concluded the discussion by a commitment to polish our communication skills especially towards government officials and staff to ensure we are not stepping on their self esteem or show disrespect that has a long term ramifications.

My prayer is that PBT or municipalities do portray good governance in the way citizens' taxes are spent. Councillors are advisers to the officers of PBT and they need to be well versed with all the rules and regulations that need to be enforced and abided to.

In one article by Dr Goh Ban Lee (read his excellent book 'Counselling Local Councils') he quoted a city Bonn in Germany as a first world city where people comply with municipal rules and regulations based on DOING WHAT IS RIGHT FOR THE GOOD OF SOCIETY'. In determining WHAT IS RIGHT l must say many councillors are not in unison considering their many backgrounds, age, gender, race and religion. But l believe as long as we are conscious that we are only a partner in making the present world a better place to live in... we should work together, not only among human, but the world at large and never forgetting to be grateful to our CREATOR THE ALMIGHTY.

Tuesday, November 3, 2009

BENGKEL HUJUNG MINGGU (BHM)


Salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog MPP Zon 3 'skuadaman.blogspot'

Alhamdulillah MPP Zon 3 telah merangka program Bengkel Hujung Minggu (BHM) mulai bulan November hingga Januari setiap Ahad 10.00/11.00 pagi- 12.00 tengahari/1.00 petang bagi merintis jalan kepada penguasaan pelbagai kemahiran yang mungkin di minati penduduk MPP Zon 3.




Tawaran di utamakan kepada golongan remaja dan orang dewasa ke arah melahirkan pakej kekeluargaan yang menjadi misi MPP Zon 3 kali ini.






Jadual BHM adalah seperti berikut:

1. Sepanjang bulan November 2009 - Bengkel Folk Art iaitu lukisan kreatif menggunakan acrylic colour and painting 11.00 pagi- 1.00 petang

2. Sepanjang bulan Disember 2009 - Bengkel mempelajari asas bahasa Tamil - 10 pg-12thari

3. Sepanjang bulan Januari 2010 - Bengkel mempelajari asas bahasa Mandarin-10 pg-12thari

Di samping itu MPP Zon 3 telah di pilih oleh MBSA untuk membantu program perasmian Taman Tasik @7 di Seksyen 7 sempena perayaan hari keputeraan DYMM Sultan Selangor pada 11 dan 12 Disember 2009. Satu Karnival di cadang di jalankan dengan pelbagai aktiviti yang di rangka sendiri oleh penduduk dan anggota masyarakat MPP Zon 3. Pembiayaan program adalah melalui penajaan pihak korporat yang sudi memberi sumbangan.

Satu team SKUAD AMAN (SA) di jangka akan di lancarkan pada 15 November 2009. Tujuan SA ialah untuk mengeratkan persaudaraan dan silaturrahim antara penduduk melalui kerja sukarelawan yang akan di pelopori oleh AJK MPP Zon 3. Bagi ahli MPP ia satu tugas WAJIB yang mana jika mereka tidak dapat menyertai SA mungkin mereka boleh memberi ruang dan peluang kepada peserta lain mewakili penduduk MPP Zon 3. Antara kerja amal yang boleh di lakukan ialah bekerjasama dengan pihak Polis, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) serta surau-surau yang berada dalam MPP Zon 3 untuk mendekati anak-anak remaja dan pelajar IPT yang terlibat dalam pelbagai gejala sosial/salahlaku. Mereka akan di jemput dan di beri keutamaan menyertai program yang di anjurkan MPP atau MBSA.

Satu pasukan kompang juga sedang menjalani latihan di Pangsapuri Nilamsari Jalan Plumbum 7/100 Seksyen 7. Seramai 13 peserta remaja telah di kumpulkan dan mereka akan mempelopori team kompang MPP Zon 3 untuk menyertai pelbagai persembahan dalam program yang di anjurkan MPP Zon 3. Latihan yang juga di rancang meliputi coaching nasyid adalah di buat dengan kerjasama Kumpulan Nasyid Daie.

Setiap pagi Sabtu jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari Dewan Melur Jalan Amber 7/16 Seksyen 7 telah di tempah khas untuk permainan baminton bersama ahli keluarga. Khas kepada pasukan Futsal keluarga gelanggang futsal yang terletak di sebelah Dewan Melur juga akan menyediakan tempat latihan setiap Sabtu jam 10.00 malam.

Bagi anak-anak pra sekolah hingga ke tahun 3 sekolah rendah program 'English is Fun' sedang di rancang dengan kerjasama Pertubuhan Mawaddah Malaysia. Dua program akan di adakan pada hari Ahad pada tarikh dan tempat yang akan di tetapkan jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Selaku pengerusi MPP Zon 3 saya bukan sekadar mewakili MBSA untuk membantu masyarakat mendapat faedah dalam pelbagai program kemasyarakatan bercirikan 'Mesra Rakyat', tetapi lebih daripada itu ialah untuk memantau seluruh kawasan MPP zon 3 dari segi keselesaan infastruktur, kebersihan dan keselamatan penduduk.

Wawasan saya bagi MPP Zon 3 ialah melahirkan keluarga sejahtera dalam semua aspek kehidupan iaitu keyakinan dan kepercayaan (akidah), pemikiran dan pengetahuan, persaudaraan dan kejiranan, keusahawanan dan kewangan serta persekitaran yang hijau dan bersih agar dapat menjadi contoh kepada masyarakat di kawasan lain.

WaAllahu'alam