Tuesday, June 22, 2010

LAWATAN MUHIBBAH MPP ZON 3 KE MPP ZON 21-SETIA ALAM

























SALAM

22 Jun Selasa 9.00 malam kami di MP Zon 3 menjadi tetamu kepada Pengerusi dan AJK MPP Zon 21 juga bekas setiausaha kehormat MPP Zon 3 tahun 2008-09 Mr James yang kini menjadi ahli majlis MPP Zon 17.



Suasana mesra dan dialog yang mengambil masa lebih 2 jam telah memberi kami di MPP Zon 3 sedikit maklumattentang mengendalikan MPP Zon kawasan elit. Ternyata Mr Ang Leng Kiat seorang pemimpin yan tegas, berprinsip dan berjaya memupuk semangat setiakawan di kalangan ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, profession dan budaya. Kalau nak di katakan 1 Malaysia yang bukan konsep Perdana Menteri di MPP Zon 21 ada contohnya. Syabas dan tahniah.

Tiga strategiMPP Zon 21 ialah jaga keselamatan, tingkatkan ekonomi kawasan dan tarik/pujuk seramai penduduk menyertai program MPP. MPP Zon 21 menyediakan khidmat keselamatan dengan kutipan bayaran, mengadakan pasar malam terpanjang di Malaysia dan mengadakan pelbagai program yang turut di sertai peserta luar negara kerana iklan di muatkan dalam website.

Pasar malam setiap minggu (sabtu) mengutip sewa lebih RM4000 (RM4 x 1000 peniaga) dan pusingan perbelanjaan lebih RM100,000 semalam. Pengunjung yang paling ramai pernah di catit ialah 11,000 orang. Hebat ya..bila Mpp Zon 3 akan capai kejayaan sebanyak itu agaknya?

Yang ketara dalam ajk MPP Zon 21 ialah mereka semuanya profesional dan berpengalaman serta berjawatan tinggi dalam syarikat koporat. Berada dalam MPP seolah-olah merupakan CSR (Corporate Social Responsibility) peringkat individu. Mungkin warga seksyen 7 yang mana ramai berpendidikan tinggi boleh meniru cara hidup terkini masyarakat di MPP Zon 21 SP Setia iaitu menyumbang kelebihan diri kepada membangunkan masyarakat. Jadilah manusia yang bermanfaat kepada orang lain kerana ini nasihat Rasulullah saw kepada umatnya. Sebaliknya jika kita tidak berbuat demikian syaitan akan mendorong kita jadi orang yang kuat mengkritik sahaja. Almaklum medan bercakap tidak sama dengan medan bekerja. WaAllahu'alam

Monday, April 19, 2010

MESYUARAT MPP APRIL 2010

Salam sejahtera

Isnin 19 April 2010 9 malam satu mesyuarat MPP Zon 3 di adakan bertujuan membuat post mortem program karnival Taman Tasik Seksyen 7. Beberapa agenda baru turut di bincangkan bagi mendapat persetujuan.

Pengerusi MPP Zon 3 merujuk kepada surat yang di sampaikan kepada Y Bhg Datuk Bandar Shah Alam dan Pengarah-pengarah jabatan di MBSA seperti dalam tulisan sebelum ini. Semua perkara yang di bangkitkan di beri tugas pemantauan kepada ahli MPP.

Cadangan daripada Sargent Halim mengadakan program karnival futsal pada 15 Mei. Oleh itu program bicara petang bersama Ust Badrul Amin di tunda kapada 29 Mei.

Pada hari Ahad 25 April 2010 satu taklimat berkaitan projek kitarsemula minyak masak akan diadakan di pangsapuri nilamsari blok 55 jam 10 pagi. Semua ahli Skuad bersih di minta hadir untuk mendengar taklimat. Begitu juga ahli JMB dan wakil surau berdekatan. Pelajar Sri Pintar juga akan di jemput menyertai. Encik Chan di minta mengetuai projek ini.

Banner mengenai pelbagai arahan kepada pengguna taman tasik akan di usahakan oleh pihak MPP bagi mengelak berterusan amalan kurang sihat di taman tasik.

Satu banner akan di buat memuatka aktiviti mpp zon 3 yang akan menjadi bil board di letakkan di sebelah tanda arah MPP Zon 3. Ini memungkinkan ramai penduduk tahu aktiviti yang di jalankan.

Skuad aman akan terus menjalankan aktiviti, kali ini menyertakan anggota RELA dan sekiranya telah mantap seramai 40 orang akan di beri sijil penyertaan.

Tuesday, April 6, 2010

Post - Moterm Perasmian Taman Rekreasi Seksyen 7

POST MORTEM PROGRAM PERASMIAN TAMAN TASIK REKREASI SEKYEN 7 SHAH ALAM

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas


2. Tahniah di ucapkan kerana MBSA telah berjaya mempromosikan Taman Tasik Rekreasi Seksyen 7 pada 3 dan 4 April 2010 baru-baru ini


3. Pemerhatian dan tinjauan saya bersama AJK MPP Zon 3 sepanjang perjalanan program merumuskan perkara-perkara berikut di beri perhatian:

(i) Sekurang-kurang lima (5) peniaga tanpa lesen yang kini berniaga di bahu jalan sekitar Taman Tasik telah di beri gerai dalam program baru-baru ini. Mereka memohon di berikan lesen dan tempat berniaga di sekitar Taman Tasik Seksyen 7. Perkara ini telah turut di kemukakan kepada YB Tn Hj. Yaakob Safari yang telah meminta cadangan di kemukakan kepada pihak beliau untuk mendapatkan pembiayaan membina gerai peniaga mudah seperti yang terdapat di seksyen 18 (berhadapan CIMB). Lokasi hendaklah sesuai dan melengkapkan kiosk sedia ada

(ii) Keperluan menyediakan tempat berteduh (Gazebo) di hadapan kiosk sedia ada bagi membolehkan pengunjung terutama keluarga menjamu selera. Ia juga memberi peluang pelancong luar berada lebih lama menikmati keindahan Taman Tasik Seksyen 7. Perkara ini telah di kemukakan sebelum ini untuk MBSA mendapatkan sumbangan CSR daripada mana-mana syarikat/pemaju yang ingin menyertai program mampan LA21

(iii) Memohon di bina dua tangga/pintu/jambatan masuk ke kiosk sedia ada bagi memudahkan pelanggan mengunjungi (tidak by-pass) kiosk tersebut

(iv) Menyediakan surau dan tempat berwuduk untuk kemudahan pengunjung beragama Islam menunaikan solat bila-bila masa di perlukan

(v) Menyediakan net penghalang sampah di hulu (kawasan perumahan) longkang menghala ke tasik bagi mengelak sampah melimpah ke dalam tasik selepas hujan lebat dan mengelak bau busuk berikutannya

(vi) Menambahkan capacity bekalan elektrik sekitar kawasan Taman Tasik Seksyen 7 sebagai persiapan pelbagai program masa akan datang

(vii) Menambak semula kawasan air bertakung/tanah tidak rata bagi mengelak tempat pembiakan aedes.

(viii) Merancang di adakan program bulanan dengan kerjasama pihak tertentu yang berunsur pendidikan mampan, kemasyarakatan, kekeluargaan, kitarsemula dan untuk remaja di kawasan tasik, antaranya wayang pacak Upin Ipin, skuad bersih, memancing keluarga, pertandingan/persembahan seni pertahanan diri, Bot laju, kayak, kompang, berbasikal dan larian keluarga. (kesemua aktiviti ini mendapat sambutan baik dalam program baru-baru ini).

(ix) Mendapatkan kerjasama pihak i-City menganjurkan program berkala yang dapat meningkatkan kualiti masyarakat Shah Alam dalam bidang cyber dan multimedia yang sihat (bukan judi).


4. Sukacita saya mengangkatkan perkara-perkara tersebut di atas untuk perhatian pihak Y Bhg Dato' sebagai satu usaha penambahbaikan kemudahan fizikal Taman Tasik Seksyen 7 dan pengisian minda serta kerohanian masyarakat Shah Alam, khususnya warga MPP Zon 3 yang dapat menyumbang kepada program Mampan LA21. Kami di MPP Zon 3 sedia bekerjasama untuk merealisasikan cadangan dan syur yang di kemukakan, terima kasih


WASSALAM

DATIN NOR’INI MD TOP

AHLI MAJLIS / PENGERUSI

MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK (MPP) ZON 3

Monday, March 29, 2010

SKUAD BERSIH MPP ZON 3

salam

Setelah berjaya menubuhkan Skuad Aman untuk membantu keselamatan kawasan MPP, satu idea tercetus untuk menampilkan anak-anak agar peka dengan isu alam sekitar melalui penampilan SKUAD BERSIH (SB).

SB bertujuan membimbing anak-anak untuk di beri kesedaran betapa pentingnya mereka menghayati makna kebersihan dari akar umbi menjadikannya budaya hidup. Kalau banyak negara sedang membangun menganggap sampah adalah soal kedua selepas survival tapi bagi negara Malaysia dan di Bandaraya Shah Alam sampah adalah isu kritikal. Ia isu survival dan imej sebuah kota yang sepatutnya mampu mengurus sampah dengan baik, berperaturan dan warganya terdidik untuk menjaga kebersihan.

SB di jangka di ujudkan dengan kerjasama MPP Zon 3, Alam Flora, penduduk (melalui Joint Management Board-JMB), pihak swasta dan MBSA. Modus operandi nya mudah sahaja iaitu mendaftar sukarelawan mengikut blok pangsapuri, menawarkan keahlian SB, mengadakan taklimat dan kemudian memantau tugasan mengikut kumpulan. Pihak Alam Flora bersetuju menyediakan logistik mengutip sampah pukal dan bahan buangan yang berjaya di usahakan oleh kumpulan SB. Galakan dalam bentuk sijil penghargaan, hamper, tShirt dan topi bertuliskan nama Skuad Bersih MPP Zon 3 akan di sediakan dari masa ke semasa.

Sewaktu mengadakan perbincangan dengan wakil Alam Flora pihak MPP Zon 3 juga mungkin akan menerimapakai satu sistem teratur membuang minyak masak terpakai di pangsapuri melalui usahasama dengan pihak swasta yang akan membeli minyak tersebut. Balang/tong minyak akan di letakkan di kawasan pangsapuri dan bila telah penuh harga belian minyak terpakai akan di sumbangkan kepada JMB atau surau yang mana memerlukan. Perbincangan lanjut akan diadakan denga pihak terlibat sebaik sahaja SB di umumkan sewaktu perasmian Taman Rekreasi sek 7 nanti.

MPP Zon 3 mempelawa JMB, Persatuan Penduduk, surau dan mana-mana NGO yang berminat mempelopori SB dan program kitarsemula mendaftarkan diri di booth MPP Zon 3 pada hari perasmian Taman Rekreasi seksyen 7 nanti untuk menerima hadiah Tshirt dan topi. Tindakan susulan akan di ambil secepat mungkin selepas pendaftaran. Ada juga di sebut lawatan ke tapak-tapak kitarsemula, ke projek-projek kitarsemula yang berjaya di negeri selangor akan di adakan membawa peserta SB dan mereka yang berkaitan, insyaAllah.

Saturday, March 27, 2010

MAKLUMAT TERKINI MPP ZON 3

Salam

Pembangunan pesat MPP Zon 3 terkini menampilkan perkhidmatan dan kemudahan seperti pusat komersial, hospital, international school, pasaraya, taman rekreasi, bujet hotel, pusat siber, i city dan sebagainya. Kesan yang agak merunsingkan ialah bertambah sesaknya jalan raya, kekurangan parking dan masalah pelanggaran undang-undang termasuk bertambahnya peniaga tepi jalan yang tidak berlesen.

Cadangan agar pihak MBSA membuat perancangan yang teratur menyediakan tempat berniaga yang sesuai seperti food court di tempat letak kereta yang hari ini di rancang untuk pusat karaoke.

MPP Zon 3 ada dua buah IPT iaitu Unisel dan UiTM. Satu kolej international bidang it juga sedang dalam perancangan di i City. Adakah kita inginkan pembangunan yang bercirikan ilmu pengetahuan/pendidikan tinggi atau perancangan yang berserabut dengan pelbagai kegiatan bercampur aduk?

Kewujudan i City merupakan tarikan pelancung daripada dalam dan luar negara terutama waktu malam kerana penuh cahaya lampu berwarna-warni.

Friday, March 26, 2010

PROGRAM KOMUNITI DI SEKSYEN 7


Salam

20 Mac 2010 menyaksikan peranan Petronas mendekati masyarakat sekitar seksyen 7. Program komuniti ini di anjur dengan kerjasama MBSA, MPP Zon 3 dan stesyen minyak Petronas Jalan Plumbum.

Sambutan adalah meriah dan anak-anak seronok bersama aktiviti yang di jalankan A&W. Beberapa orang ahli majlis turut hadir dan Pengarah Jabatan Korporat Puan Asmah dapat hadir walaupun sibuk.

Sumbangan kepada OKU, ibu tunggal, anak yatim dan dhuafa (miskin) menambahkan barakah program semoga menjadi perintis kepada banyak lagi badan korporat menampilkan diri membantu masyarakat di sekitar.

Esoknya 21 Mac, pagi Ahad majlis Bicara pagi untuk memasyarakatkan ilmu ala dataran ilmu kota Bharu Kelantan telah di adakan di Taman Rekreasi Seksyen 7 berhadapan Urban Kiosk. Program anjuran MPP Zon 3 sempena MaulidilRasul 1431H. Tajuk bicara ialah "Rasulullah saw contoh unggul remaja". Tiga ahli penal telah menyempurnakan program yang di selangi pukulan kompang kumpulan Luqmanulhakim dan nasyid Sautol Mujahidin daripada KISAS (kolej Islam Kelang). Di akhir program ada cabutan bertuah dan sambutan alhamdulillah amat memuaskan. Program akan datang sedang di rancang pada 15 Mei (Sabtu) 4-6 petang di lokasi yang sama insyaAllah. Kali ini tajuknya 'membumikan solat - masjid umat Islam seluruh bumi ini" Penceramah jemputan insyaAllah ust BadrulAmin yang kaya dengan nasyid syahdunya.

Thursday, March 25, 2010

MAJLIS PERASMIAN TAMAN REKREASI SEKSYEN 7


Salam dan Selamat Sejahtera

SURAT EDARAN


26 MAC 2009/10 RABIULAKHIR


MAJLIS PERASMIAN TAMAN REKREASI SEKSYEN 7 JALAN KRISTAL SEKSYEN 7 SHAH ALAM



Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.


Sukacita di maklumkan bahawa MBSA dengan kerjasama MPP Zon 3 akan mengadakan satu majlis perasmian Taman Rekreasi Seksyen 7 pada hari Sabtu dan Ahad 3-4 April 2010. Ia merupakas satu peluang penduduk MPP Zon 3 menjalinkan hubungan kemasyarakatan di samping meningkatkan kualiti pengalaman, ilmu pengetahuan dan pendedahan kepada perkara-perkara baru yang akan di pamerkan. Kerjasama semua pihak syarikat korporat, Persatuan penduduk, agensi kerajaan, MPP dan peniaga telah di dapatkan untuk menjayakan program dua hari ini.


Saya mengambil kesempatan ini menyeru semua penduduk warga MPP Zon 3 iaitu seluruh Seksyen 7 dan U12 datang beramai-ramai menjayakan pelbagai acara kekeluargaan yang di aturkan. Ia bertujuan menjadikan Taman Rekreasi Seksyen 7 sebagai tempat keluarga berehat, bersantai dan menjalin hubungan mesra berteraskan akhlak mulia yang di anjurkan oleh agama.


Di samping mengekalkan keharmonian Taman Rekreasi Seksyen 7, majlis perasmian bertujuan mendapatkan sokongan warga MPP Zon 3 kepada pelbagai program Mampan Keselamatan melalui pelancaran Skuad Aman, Mampan Sosial melalui aktiviti majlis ilmu dan program remaja (Bicara pagi dan Kompang), Mampan ekonomi melalui galakan kepada peniaga berperaturan dan Mampan Alamsekitar melalui pelaksanaan hari Sabtu sebagai hari tanpa beg plastik. Kesemua program mampan ini bertujuan mewariskan kepada generasi masa depan cara hidup berkualiti, aman sejahtera dan berbudaya tinggi ke arah KESEJAHTERAAN WARGA KOTA.


Bagi pihak MPP Zon 3 saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sokongan semua pihak yang menjayakan program di atas dan saya berdoa agar MPP Zon 3 kekal dengan masyarakat berakhlak mulia, mengambil peduli hak orang ramai dan menyumbang bakti dengan ikhlas untuk mencari keredhaan Allah semata. Selain itu segala kekurangan dan kelemahan MPP Zon 3 kami pohon banyak maaf dan selalulah menegur kami demi kebaikan bersama.


WASSALAM


DATIN NORAINI BT MD TOP

PENGERUSI MPP ZON 3/ AHLI MAJLIS MBSA


s.k Datuk Bandar Shah Alam, MBSA