Wednesday, December 9, 2009

LUQMANUL HAKIM





Salam

Satu perbincangan dengan jurulatih-jurulatih kompang dan Nasyid telah di adakan malam selasa 8 Disember di pejabat MPP. Pada malam yang sama turut di syurkan jadual baru kelas bahasa mandarin untuk ajk mpp dan skuad aman. Namun hanya en Chan yang datang untuk membantu cik imma yang menjadi instruktor. Cik Imma adalah lepasan sekolah menengah jenis kebangsaan cina.

Di akhir malam itu juga satu pengesahan turut di buat untuk mengadakan program motivasi pelajar dengan modul "Luqmanul Hakim 1"

Mengapa di pilih nama Luqmanul Hakim adalah berasaskan 10 prinsip dan pesanan orang soleh Luqman yang di sebut dalam surah Luqman dalam AlQuran iaitu supaya:1. Bersyukur,2. Tidak mensyirikkan Allah,3. Berbuat baik kepada ibu bapa, 4.Beramal soleh, 5.Menjaga solat, 6.Mengerjakan amar maaruf dan mencegah mungkar, 7.Bersabar dengan ujian dan musibah, 8.Tidak berlaku sombong diri, 9.Sederhana berjalan dan 10.Melunakkan suara bila bercakap.

Persetujuan yang di capai ialah supaya MPP menyediakan bujet untuk membeli 40 unit kompang dan ujian persembahan pertama akan di adakan dalam program di Masjid Negeri pada 20 Disember. Jika perancangan mengadakan semula karnival Taman Tasik @7 berlaku tarikh 27 Februari 2010 di pilih untuk pelbagai aktiviti di jalankan termasuk persembahan kompang kumpulan Luqmanul Hakim' Segala usaha akan di buat untuk mencari penaja uniform kumpulan ini dan latihan akan berterusan hingga bulan Jun 2010 dua kali seminggu.

Kumpulan nasyid MPP Zon 3 juga dengan nama kumpulan nasyid Luqmanul Hakim turut di cadangkan bermula awal tahun 2010 selama 6 bulan berakhir Jun 2010. Peserta adalah daripada kariah surau-surau AtTaqwa dan Al Islah. Harapannya akhir Jun 2010 akan menyaksikan dua kumpulan iaitu kompang dan nasyid menjadi kebangga MPP Zon 3.

Bagi menyuntik semangat tabah, jati diri dan komitmen kepada kumpulan Luqmanul Hakim program motivasi berkala akan di jalankan dengan bantuan Pertubuhan Mawaddah Malaysia (PMM) yang akan mencarikan pakar motivasi. Program pertama sedang diaturkan pada 25 dan 26 Disember 2009. Mungkin tarikh yang sama akan di jalankan program 'back to school' dan penyampaian hadiah peserta "Folk Art' serta pelancaran Skuad Aman. Pihak mpp sedang memikirkan majlis ringkas yang melibatkan beberapa VIP.

MPP ZOn 3 sedang menyediakan bujet untuk Karnival Taman Tasik @ 7 dengan bantuan Jabatan Taman MBSA. Harapannya peruntukan dapat di luluskan untuk memulakan perancangan. sekian xie xie- sebutan shiea shiea (bahasa mandarin untuk terima kasih)

No comments:

Post a Comment