Tuesday, December 1, 2009

MAMPUKAH AKHLAK WARGA MPP ZON 3 BERSAING DENGAN KEINDAHAN TAMAN TASIK





Salam dan selamat sejahtera
dari Datin Noraini Md Top
Pengerusi MPP Zon 3


Awal pagi ini Selasa 1 Disember 2009 saya berada di Taman Tasik @7 di Jalan Kristal. Puan Anom telah mengaturkan program senamrobik, tai chi dan poco-poco untuk kaum wanita dan ahli keluarga. Kecantikan taman tasik memang tidak dapat di nafikan, tenang dan harmoni. Namun saya tertanya-tanya adakah akhlak pengguna atau pengunjungnya setanding dengan kecantikan taman tasik?

Awal-awal lagi saya di temui Puan Mizawati pengurus tandas awam yang baru di lantik. Dia nampaknya cekap mengurus tandas dan menjaga kebersihan. Saya nampak sendiri dia juga bertindak sebagai petugas alam flora memungut sampah-sampah yang tercicir.

Di hadapan kiosk yang belum beroperasi telah sedia Puan Ina yang menjadi jurulatih senamrobik memulakan pergerakan. Sedikit demi sedikit peserta berkumpul untuk memulakan program. Di maklumkan aktiviti senamrobik ini akan di adakan 3 kali seminggu 7.15 pagi selasa dan Jumaat dan 8.30 pagi Ahad.

Bercakap tentang kiosk pula, saya di fahamkan temuduga kiosk akan berlangsung selepas 15 Disember. Harap-harap yang berjaya di tawarkan kiosk adalah mereka yang mengamalkan kebersihan total, luar dan dalam iaitu dari segi fizikal dan rohani. Mereka juga mestilah tinggal dalam Zon seksyen 7 dan U12. Selain itu saya ingin mencadangkan mereka merupakan warga masyarakat yang peka dengan aktiviti kurang sihat agar di nyahterus daripada kawasan taman, jangan sekali-kali berkompromi dengan maksiat, noda dan dosa.

Memang susuah nak cari ciri pengusaha begini almaklum mereka perlukan pelanggan dan jika pelanggan kurang sopan adakah mereka tidak mahu berjualbeli? Paling minima mereka perlu menegur dengan baik supaya lahir akhlak secantik taman tasik.

Saya juga di beritau sebelah malam taman sering di kunjungi anak-anak muda yang suka melakukan 'vandalism' merosak hartabenda awam dan meminum arak hingga mabuk. Sedih saya mendengarnya walaupun yang melakukan kegiatan tersebut bukan beragama Islam. Saya yakin kalau kita sama-sama berdoa agar hak Allah, antaranya taman yang indah ini dan insan yang berada didalamnya dapat kekal cantik, perkara yang merosakkan akan berkurangan. Selain doa kita juga perlu bantu membantu dengan pihak berkuatkuasa, polis, penguatkuasa MBSA dan JAIS ke arah mengekalkan kecantikan taman tasik terpelihara.

Wawasan saya ialah taman tasik menjadi kebanggaan warga MPP Zon 3 yang akan di manfaatkan untuk keluarga bagi mencari ketenangan dan keharmonian hidup dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment