Thursday, December 3, 2009

MESYUARAT MPP ZON 3 TERAKHIR TAHUN 2009


Salam

Disember khamis 9.00 malam mesyuarat MPP Zon 3 terakhir bagi tahun 2009. Mesyuarat bulanan sepatutnya di hadiri 20 ahli ajk dan pegawai-pegawai kawasan daripada MBSA. Namun jarang korum dapat di capai kerana keuzuran yang tidak dapat di elakkan. Tambahan menjadi ahli MPP tidak ada sebarang ganjaran.

Pengerusi memberi katadua bahawa kalau kehadiran tidak di penuhi 3 kali berturut-turut surat akan di sampaikan kepada ajk meminta penjelasan atau menghantar wakil supaya korum di penuhi. Adalah adil jika ahli berterusterang supaya tindakan mengganti ahli lain dapat di lakukan. Mulai tahun 2010 jadual mesyuarat akan di sediakan dan no talipon semua ahli mpp akan di edar kepada semua.

Mengenai peranan ajk MPP, jika perlu satu perjumpaan akan di buat di kawasan pangsapuri memperkenalkan wakil mpp kerana hingga hari ini tidak ramai yang tahu siapa ajk mpp. Tindakan susulan perlu di buat oleh PTO dan su kehormat mpp

Antara wawasan MPP Zon 3 untuk di kongsi oleh semua ajk ialah menjadikan Mpp zon 3 tempat yang selesa didiami dengan mengekalkan keindahan dan kemudahan yang di sediakan pihak MBSA. Seksyen 7 mendapat keutamaan pembangunan kerana ia merupakan pusat bandaraya yang strategik. Aduan mengenai kerosakan hendaklah terus di salurkan supaya mendapat perhatian pihak yang berwajib. pto akan mengambil tindakan susulan aduan

Program karnival taman tasik telah di tunda kerana kawasan tasik mendap dan tiada bujet untuk program. Namun 'urban camp' untuk pelajar terus diadakan dan tempat di cadang ialah taman tasik laman budaya. Program ini adalah anjuran MBSA dan kerajaan negeri. MPP zon 3 menyediakan peserta terbanyak. nama-nama peserta juga merupakan nama yang dapat sumbangan 'backto school'. Mereka wajar di beri motivasi berterusan agar menjadi contoh kepada yang lain,

Di persetujui lawatan ke i City akan diadakan 10.00 pagi 11 Disember sempena program larian rakyat i City. Semua ajk di minta memakai vest dan topi yang akan di tempah bagi yang belum ada.

20 Disember akan diadakan program berkhatan jika sesuai dan jika tidak berlaku program penyampaian sumbangan 'back to school' akan diadakan di dewan Melati. Sekolah intergrasi Agama juga di minta dapat bekerjasama membantu menyediakan persekitrana tarbiyyah anak-anak di kawasan pangsapuri menimba ilmu agama agar mereka tidak melepak di sana sini. Puan hajjah Rusnah akan membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat PIBG sekolah.

Program kitarsemula majalah astro, pakaian terpakai dan bekas plastik akan di mulakan dengan kerjasama surau dan MPP di mana ia merupakan usaha pertama mendidik warga mpp zon 3 mengasingkan barang-barang untuk kitar semula. Bantuan akan di dapatkan daripada alam flora dan mbsa untuk aktiviti ini. En Asrul dengan bantuan en Sobri akan menyelaras isu ini.

Karnival sehari halal hub di syur diadakan di Anjung 7 untuk mendedahkan proses menyediakan makanan halal dan menarik perhatian masyarakat menjaga makanan untuk kesucian akidah. En Hanafi, dibantu Cik Salamiah akan menerajui bidang ini.

Program berbasikal akan di mulakan awal tahun 2010 dengan kerjasama team yang telah establish di U12. En Chan dan Ihsan akan berbincang dengan en khalid mengenai perkara ini.

Program wanita antaranya senamrobik setiap pagi selasa, jumaat dan ahad akan di adakan di taman tasik @7. Setiap ahad 8 pagi program membaca alquran dan usrah akan diadakan di surau alhijrah pangsapuri nilamsari. Setiap khamis 8 pagi di Mpp ada menganjurkan kelas harfiah alquran. Semua wanita warga zon di jemput hadir. Puan anom dan puan Shimah mengendali kedua-dua program ini.

Program English is fun untuk anak-anak akan di kendali Puan Afifa Malina, yang terakhir tahun ini akan di adakan pada 5 Disember di dewan melati.

Aktiviti sukan badminton dan futsal akan di kendali Pebt di bawah kelolaan en Ihsan di bantu pto dan su kehormat mpp. ajk pebt di minta bertemu pengerusi mp zon3 untuk membantu program remaja yang lain seperti camp dll.

Kelas kompang remaja mendapat sambutan. 30 biji kompang perlu disediakan dan sumbangan perlu di dapatkan untuk pembiayaan @ RM75 sebiji x 30= RM2250. En Md Shah Ridduan mengendalikan program ini.

Untuk pelajar UPSR perempuan yang memasuki tingkatan 1 disyur mereka di ajar kelas menjahit dan memasak. Mungkin di adakan setiap ahad 3.00 petang di MPP. Puan anom akan mencari pelajar program ini.

Kelas bahasa tamil belum ada sambutan tapi kelas bahasa mandarin akan di adakan dua kali, 8 malam setiap jumaat untuk ajk mpp mulai 4 Disember 2009 dan dalam bulan Januari setiap ahad 11 pagi untuk umum.

No comments:

Post a Comment