Monday, March 29, 2010

SKUAD BERSIH MPP ZON 3

salam

Setelah berjaya menubuhkan Skuad Aman untuk membantu keselamatan kawasan MPP, satu idea tercetus untuk menampilkan anak-anak agar peka dengan isu alam sekitar melalui penampilan SKUAD BERSIH (SB).

SB bertujuan membimbing anak-anak untuk di beri kesedaran betapa pentingnya mereka menghayati makna kebersihan dari akar umbi menjadikannya budaya hidup. Kalau banyak negara sedang membangun menganggap sampah adalah soal kedua selepas survival tapi bagi negara Malaysia dan di Bandaraya Shah Alam sampah adalah isu kritikal. Ia isu survival dan imej sebuah kota yang sepatutnya mampu mengurus sampah dengan baik, berperaturan dan warganya terdidik untuk menjaga kebersihan.

SB di jangka di ujudkan dengan kerjasama MPP Zon 3, Alam Flora, penduduk (melalui Joint Management Board-JMB), pihak swasta dan MBSA. Modus operandi nya mudah sahaja iaitu mendaftar sukarelawan mengikut blok pangsapuri, menawarkan keahlian SB, mengadakan taklimat dan kemudian memantau tugasan mengikut kumpulan. Pihak Alam Flora bersetuju menyediakan logistik mengutip sampah pukal dan bahan buangan yang berjaya di usahakan oleh kumpulan SB. Galakan dalam bentuk sijil penghargaan, hamper, tShirt dan topi bertuliskan nama Skuad Bersih MPP Zon 3 akan di sediakan dari masa ke semasa.

Sewaktu mengadakan perbincangan dengan wakil Alam Flora pihak MPP Zon 3 juga mungkin akan menerimapakai satu sistem teratur membuang minyak masak terpakai di pangsapuri melalui usahasama dengan pihak swasta yang akan membeli minyak tersebut. Balang/tong minyak akan di letakkan di kawasan pangsapuri dan bila telah penuh harga belian minyak terpakai akan di sumbangkan kepada JMB atau surau yang mana memerlukan. Perbincangan lanjut akan diadakan denga pihak terlibat sebaik sahaja SB di umumkan sewaktu perasmian Taman Rekreasi sek 7 nanti.

MPP Zon 3 mempelawa JMB, Persatuan Penduduk, surau dan mana-mana NGO yang berminat mempelopori SB dan program kitarsemula mendaftarkan diri di booth MPP Zon 3 pada hari perasmian Taman Rekreasi seksyen 7 nanti untuk menerima hadiah Tshirt dan topi. Tindakan susulan akan di ambil secepat mungkin selepas pendaftaran. Ada juga di sebut lawatan ke tapak-tapak kitarsemula, ke projek-projek kitarsemula yang berjaya di negeri selangor akan di adakan membawa peserta SB dan mereka yang berkaitan, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment