Thursday, March 25, 2010

MAJLIS PERASMIAN TAMAN REKREASI SEKSYEN 7


Salam dan Selamat Sejahtera

SURAT EDARAN


26 MAC 2009/10 RABIULAKHIR


MAJLIS PERASMIAN TAMAN REKREASI SEKSYEN 7 JALAN KRISTAL SEKSYEN 7 SHAH ALAM



Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.


Sukacita di maklumkan bahawa MBSA dengan kerjasama MPP Zon 3 akan mengadakan satu majlis perasmian Taman Rekreasi Seksyen 7 pada hari Sabtu dan Ahad 3-4 April 2010. Ia merupakas satu peluang penduduk MPP Zon 3 menjalinkan hubungan kemasyarakatan di samping meningkatkan kualiti pengalaman, ilmu pengetahuan dan pendedahan kepada perkara-perkara baru yang akan di pamerkan. Kerjasama semua pihak syarikat korporat, Persatuan penduduk, agensi kerajaan, MPP dan peniaga telah di dapatkan untuk menjayakan program dua hari ini.


Saya mengambil kesempatan ini menyeru semua penduduk warga MPP Zon 3 iaitu seluruh Seksyen 7 dan U12 datang beramai-ramai menjayakan pelbagai acara kekeluargaan yang di aturkan. Ia bertujuan menjadikan Taman Rekreasi Seksyen 7 sebagai tempat keluarga berehat, bersantai dan menjalin hubungan mesra berteraskan akhlak mulia yang di anjurkan oleh agama.


Di samping mengekalkan keharmonian Taman Rekreasi Seksyen 7, majlis perasmian bertujuan mendapatkan sokongan warga MPP Zon 3 kepada pelbagai program Mampan Keselamatan melalui pelancaran Skuad Aman, Mampan Sosial melalui aktiviti majlis ilmu dan program remaja (Bicara pagi dan Kompang), Mampan ekonomi melalui galakan kepada peniaga berperaturan dan Mampan Alamsekitar melalui pelaksanaan hari Sabtu sebagai hari tanpa beg plastik. Kesemua program mampan ini bertujuan mewariskan kepada generasi masa depan cara hidup berkualiti, aman sejahtera dan berbudaya tinggi ke arah KESEJAHTERAAN WARGA KOTA.


Bagi pihak MPP Zon 3 saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sokongan semua pihak yang menjayakan program di atas dan saya berdoa agar MPP Zon 3 kekal dengan masyarakat berakhlak mulia, mengambil peduli hak orang ramai dan menyumbang bakti dengan ikhlas untuk mencari keredhaan Allah semata. Selain itu segala kekurangan dan kelemahan MPP Zon 3 kami pohon banyak maaf dan selalulah menegur kami demi kebaikan bersama.


WASSALAM


DATIN NORAINI BT MD TOP

PENGERUSI MPP ZON 3/ AHLI MAJLIS MBSA


s.k Datuk Bandar Shah Alam, MBSA


No comments:

Post a Comment