POST MORTEM PROGRAM PERASMIAN
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas
2. Tahniah di ucapkan kerana MBSA telah berjaya mempromosikan Taman Tasik Rekreasi Seksyen 7 pada 3 dan 4 April 2010 baru-baru ini
3. Pemerhatian dan tinjauan saya bersama AJK MPP Zon 3 sepanjang perjalanan program merumuskan perkara-perkara berikut di beri perhatian:
(i) Sekurang-kurang
(ii) Keperluan menyediakan tempat berteduh (Gazebo) di hadapan kiosk sedia ada bagi membolehkan pengunjung terutama keluarga menjamu selera. Ia juga memberi peluang pelancong luar berada lebih lama menikmati keindahan Taman Tasik Seksyen 7. Perkara ini telah di kemukakan sebelum ini untuk MBSA mendapatkan sumbangan CSR daripada mana-mana syarikat/pemaju yang ingin menyertai program mampan LA21
(iii) Memohon di bina dua tangga/pintu/jambatan masuk ke kiosk sedia ada bagi memudahkan pelanggan mengunjungi (tidak by-pass) kiosk tersebut
(iv) Menyediakan surau dan tempat berwuduk untuk kemudahan pengunjung beragama Islam menunaikan solat bila-bila masa di perlukan
(v) Menyediakan net penghalang sampah di hulu (kawasan perumahan) longkang menghala ke tasik bagi mengelak sampah melimpah ke dalam tasik selepas hujan lebat dan mengelak bau busuk berikutannya
(vi) Menambahkan capacity bekalan elektrik sekitar kawasan Taman Tasik Seksyen 7 sebagai persiapan pelbagai program masa akan datang
(vii) Menambak semula kawasan air bertakung/tanah tidak rata bagi mengelak tempat pembiakan aedes.
(viii) Merancang di adakan program bulanan dengan kerjasama pihak tertentu yang berunsur pendidikan mampan, kemasyarakatan, kekeluargaan, kitarsemula dan untuk remaja di kawasan tasik, antaranya wayang pacak Upin Ipin, skuad bersih, memancing keluarga, pertandingan/persembahan seni pertahanan diri, Bot laju, kayak, kompang, berbasikal dan larian keluarga. (kesemua aktiviti ini mendapat sambutan baik dalam program baru-baru ini).
(ix) Mendapatkan kerjasama pihak i-City menganjurkan program berkala yang dapat meningkatkan kualiti masyarakat Shah Alam dalam bidang cyber dan multimedia yang sihat (bukan judi).
4. Sukacita saya mengangkatkan perkara-perkara tersebut di atas untuk perhatian pihak Y Bhg Dato' sebagai satu usaha penambahbaikan kemudahan fizikal Taman Tasik Seksyen 7 dan pengisian minda serta kerohanian masyarakat Shah Alam, khususnya warga MPP Zon 3 yang dapat menyumbang kepada program Mampan LA21. Kami di MPP Zon 3 sedia bekerjasama untuk merealisasikan cadangan dan syur yang di kemukakan, terima kasih
WASSALAM
DATIN NOR’INI MD TOP
AHLI MAJLIS / PENGERUSI
MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK (MPP) ZON 3
No comments:
Post a Comment