Tuesday, June 22, 2010

LAWATAN MUHIBBAH MPP ZON 3 KE MPP ZON 21-SETIA ALAM

























SALAM

22 Jun Selasa 9.00 malam kami di MP Zon 3 menjadi tetamu kepada Pengerusi dan AJK MPP Zon 21 juga bekas setiausaha kehormat MPP Zon 3 tahun 2008-09 Mr James yang kini menjadi ahli majlis MPP Zon 17.



Suasana mesra dan dialog yang mengambil masa lebih 2 jam telah memberi kami di MPP Zon 3 sedikit maklumattentang mengendalikan MPP Zon kawasan elit. Ternyata Mr Ang Leng Kiat seorang pemimpin yan tegas, berprinsip dan berjaya memupuk semangat setiakawan di kalangan ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, profession dan budaya. Kalau nak di katakan 1 Malaysia yang bukan konsep Perdana Menteri di MPP Zon 21 ada contohnya. Syabas dan tahniah.

Tiga strategiMPP Zon 21 ialah jaga keselamatan, tingkatkan ekonomi kawasan dan tarik/pujuk seramai penduduk menyertai program MPP. MPP Zon 21 menyediakan khidmat keselamatan dengan kutipan bayaran, mengadakan pasar malam terpanjang di Malaysia dan mengadakan pelbagai program yang turut di sertai peserta luar negara kerana iklan di muatkan dalam website.

Pasar malam setiap minggu (sabtu) mengutip sewa lebih RM4000 (RM4 x 1000 peniaga) dan pusingan perbelanjaan lebih RM100,000 semalam. Pengunjung yang paling ramai pernah di catit ialah 11,000 orang. Hebat ya..bila Mpp Zon 3 akan capai kejayaan sebanyak itu agaknya?

Yang ketara dalam ajk MPP Zon 21 ialah mereka semuanya profesional dan berpengalaman serta berjawatan tinggi dalam syarikat koporat. Berada dalam MPP seolah-olah merupakan CSR (Corporate Social Responsibility) peringkat individu. Mungkin warga seksyen 7 yang mana ramai berpendidikan tinggi boleh meniru cara hidup terkini masyarakat di MPP Zon 21 SP Setia iaitu menyumbang kelebihan diri kepada membangunkan masyarakat. Jadilah manusia yang bermanfaat kepada orang lain kerana ini nasihat Rasulullah saw kepada umatnya. Sebaliknya jika kita tidak berbuat demikian syaitan akan mendorong kita jadi orang yang kuat mengkritik sahaja. Almaklum medan bercakap tidak sama dengan medan bekerja. WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment