Thursday, March 4, 2010

DARI MEJA PENGERUSI MPP ZON 3



Salam dan selamat sejahtera

Syukur saya dapat menulis untuk MPP kali ini. Bagi siapa yang ingin mengetahui banyak aktiviti saya sila baca 'mutshahidan blogspot.com'.

Malam Khamis 4 Mac 2010 bersamaan 18 RabiulAwal 1431H serentak dua pertemuan di aturkan, satu, kumpulan aktif di MPP untuk membincang agenda hujung minggu yang padat terutama karnival bola sepak remaja anjuran pustat tuition mawar dan Pebt serta MPP Zon3. Kedua Skuad Aman yang ingin merangka operasi berkala yang konsisten. Alhamdulillah semuanya dapat di selesaikan dalam suasana harmoni.

Ternyata terlalu cepat masa berlalu dan banyak kisah tidak sempat di muatkan dalam blog mpp.

Kisah tragis kematian 3 ahli kariah MPP Zon yang sampai ke pengetahuan saya perlu di semadikan nama mereka di sini. Pertama Allahyarham Shanaz pengusaha Urban Kiosk di Taman Tasik, 23 tahun meninggal mengejut sehari sebelum kiosk beroperasi pada 1 Februari 2010. Kematian adalah kesan sengat tabuan tanah dan dia berallergy serta mengalami athma. Dalam masa tak sampai 2 jam dari kejadian beliau menghembuskan nafas terakhir.

Kedua Cik Siti Fatimah Anwar 15 tahun anak kariah seksyen 7 yang tinggal di rumah berkembar. Bapanya seorang juruterbang dan siti sempat di rawat di dua buah hospital dalam tempoh 4 hari sahaja kerana denggi berdarah.

Ketiga En Mustapha 49 tahun yang meninggal mengejut kerana acara permainan kapalterbang control di mana kapalterbang mainan seorang teman yang meluncur laju mengenai kepalanya.

Semoga ketiga-tiga arwah di beri rahmat oleh Allah kerana kematian mereka amat mengejutkan.

Begitulah kisah kehidupan semua akan berakhir dengan kematian dan bagi yang masih hidup perlu mengambil iktibar bahawa tidak ada bekalan selain amal soleh yang di redhai Allah yang akan mengiringi kita apabila kita di alam barzah. Untuk itu keujudan MPP Zon 3 di rasakan menjadi satu saluran yang boleh menjana amal soleh jika kita betulkan nawaitu dan bertugas dengan jujur. Sebuah Hadis menyebut antara maksudnya'jika kamu jujur dengan Allah, Allah akan jujur dengan kamu'

Antara keputusan yang di capai dalam perbincangan di MPP malam itu adalah seperti berikut:

1. Skuad Aman akan bergerak mengikut lokasi surau di mana setiap surau di beri 3 vest skuad aman untuk di guna sewaktu operasi. Secara berkala setiap Jumaat 11.00 malam Skuad Aman akan bertemu di Urban Kiosk dan keputusan mengadakan rondaan akan di putuskan bila bertemu. MPP Zon 3 akan cuba mempermudahkan Skuad Aman dengan set walkie talkie dan menyediakan peruntukan yang munasabah untuk tujuan 'refreshment' (makan minum sewaktu bertemu) Bujet untuk ini perlu di pohon termasuk kos pamphlet untuk edaran kepada umum.

2. Pengerusi MPP Zon 3 membuat pemerhatian ada dua sebab ajk MPP kurang semangat bersama. 1. tiada imbuhan. 2. kurang jelas tugas dan komitmen. Untuk mengatasi masalah ini di syurkan unit-unit berikut di ujudkan di anggotai mereka yang ada minat dan fokus menjalankan tugas yang di berikan sahaja;

a. Unit khidmat bandar-denggi dan kebersihan

en Maizan, en edan, en hanafi, en azminuddin (ajk lain yang jarang jadir mesyuarat boleh menyertai team ini)

b. Unit Remaja, motivasi, aktiviti luar, sukan dan kemasyarakatan

en md shah, cik salamiah, puan afifa, en rusydi dan en ihsan

c. Buletin/blog/berita MPP Zon 3

en zainalani, en chan, hjh rosnah, datin noraini

d. Kitarsemula, One Stop corner, urban kiosk

en Hamidi, cik salamiah, en rusydi, en maizan, puan afifa

e. Penjanaan pendapatan untuk MPP

en suhaimi, en halizan, en isham,

f. Skuad Aman

en norazizan, hj asrul, en halim, hj zaini, us fairuz, haizad dan wakil surau-surau

10 surau di MPP Zo 3 adalah

surau Al Mawaddah (jln Platinum)*
surau ArRyan (jalan kristal)
surau Mustakimah (pasar malam)*
surau Attaqwa (PKNS)
surau Al Islah (Worldwide)*
surau Al Jannah (Baiduri)
surau Al Hijrah (Nilamsari)
surau Al Amin (U12)
surau AsSiddieq (pasaraya bintang)
* ada solat Jumaat

Antara berita terkini mpp ialah zon 3 merupakan salah satu zon di Shah Alam yang di landa wabak denggi. Kematian adalah lebih ramai berbanding tahun lepas. Semua pihak surau telah di maklumkan untuk memberitahu jemaah dan jika sudi buatlah majlis berdoa, baca yassin dan zikir menolak musibah seperti yang pernah di lakukan tahun lepas.

Aktiviti gotong royong semakin rancak, yang terakhir ialah anjuran persatuan RSSB (Rumah sesebuah dan berkembar) pada 7 Mac. Di pangsapuri juga akan di jalankan gotong royong termasuk gotong royong perdana pada 10 mac di kawasan perdagangan sek 7. Di kawasan zon bersih shah alam sek 25 Datu Bandar akan turun padang menyertai gotong royong peringkat MBSA.

Karnival merasmikan Taman Tasik di cadang di adakan pada 3 & 4 April di sertai pelbagai aktiviti menarik termasuk pertanding kompang dan kayak. 3 april juga hari polis dengan masyarakat di kawasan surau ArRyan sek 7.

MPP zon 3 mula ingin memasyarakatkan program kerohanian dan tarbiyah. Pada 18 Februari 2010 telah di adakan akitiviti memesyarakatkan bacaan Alquran di urban kiosk untuk menjamu jemaah surau terdekat, iaitu surau AlMawaddah. Pengusaha kiosk mengadakan jamuan dan di iringi doa buat arwah shanaz. Sedih juga saya menyaksikan kedua ibu bapa shanaz yang turut hadir. Ada cadangan agar program ini di adakan sebulan sekali disertai semua jemaah surau yang sudi hadir.

Pada 20 Mac satu lagi program memasyarakatkan majlis ilmu akan di adakan dalam program BICARA PAGI di taman tasik mulai jam 9.00 pagi. Objektif utama ialah untuk ahli keluarga bersantai dan menikmati dua hidangan, hidangan ruh dan hidangan jasad. Kumpulan kompang LuqmanulHakim akan menunjukkan persembahan pagi itu, insyaAllah.

Baru-baru ini surau AlHijrah mengadakan program MaulidilRasul dengan jayanya. Ramai anak-anak menyertai program dari pagi ke malam (ceramah)

Dari meja Pengerusi MPP ZOn 3 saya mula merasa kerdil. daif dan faqir di tengah-tengah
Shah Alam serba canggih ini kerana ramai yang lebih berwibawa, anak-muda lebih bebas memilih. Rasa faqir di sisi Allah yang mentaqdirkan Seksyen 7 juara bertahan kes denggi terbanyak. Kalau denggi ini punya rupa mesti amat hodoh dan menakutkan kerana ia membawa maut dan keresahan dalam masyarakat.

Tiga isu telah mendapat bantahan penduduk seksyen 7 iaitu karaoke sehingga jam 2.00 pagi, pusat snooker yang menampal gambar lucah dan ghairah serta anak-anak muda termasuk pelajar sekolah banyak mengunjungi pusat tersebut. Akhirnya bantahan penggunaan padang bola Jalan Amber. Di fahamkan orang luar lebih berleluasa menggunakan padang sehingga mereka bebas membuang sampah, botol arak dan ada yang datang waktu malam atas alasan main futsal masing-masing membawa teman wanita.

Sekian dahulu saya mohon banyak maaf kurang melihat blog MPP Zon 3. sedikit masa saya lebih mengupdatekan blog peribadi sebagai warisan saya bila tiada lagi di dunia ini, insyaAllah. Wabillahitaufiq wal hidayah assalamualaikum wr wb dan selamat sejahtera kepada semua.

No comments:

Post a Comment