Sunday, January 10, 2010

PROJEK DAN PROGRAM MPP ZON 3 TAHUN 2010


Salam sejahtera

MPP Zon 3 kena memikirkan aktiviti berkesan untuk di tawarkan kepada warga seksyen 7 dan U12 dalam tahun 2010 ini. Masalah besar di seksyen 7 ialah sampah dan parking. Oleh itu kena fokus menyelesaikan isu ini melalui beberapa projek:

1. Memperbaiki kesesakan di kawasan Kawasan Perdagangan (KP) seksyen 7
2. Mengujudkan satu "Taman Tanpa Sampah' di PKNS seksyen 7
3. Program Kitarsemula-Mengasingkan sampah kepada 3 kategori, kertas, kaca dan plastik.
4. Memperbaiki dan menggunakan Dewan PKNS di sebelah Pangsapuri Nilam Sari untu aktiviti bermanfaat, khususnya latihan kompang dan motivasi kumpulan Luqmanulhakim
5. Menjaga kawasan Taman Rekreasi daripada pencerobohan gejala sosial dan pembuang sampah saraf
6. Aktiviti mesra rakyat mengikut persatuan, taman, surau dan kumpulan tertentu.
7. Lawatan sambil belajar

Jika anda ada sebarang idea sila kemukakan. wassalam

Thursday, January 7, 2010

Pencarian Bakat Muda Seksyen 7( Nasyid)


MPP Zon 3, kini Mencari Kumpulan Nasyid PERTAMA di bawah MPP Zon 3!!!!!
Penduduk berdekatan Surau At-Taqwa dan Surau Al-Islah di alu-alukan mendaftar!!!!!!!
Tempat Terhad!!! Cepat!!!!
Nasyid Juga Satu hiburan Yang baik kepada warga Shah Alam!!!!
Siapa cepat dia dapat!!!!!!
Hubungi saya.... PTO MPP zon 3- Mohd Rusydi 0129123917
(Waktu pejabat)

Sunday, January 3, 2010

MPP ZON 3 DAN TAHUN BARU 2010

Salam sejahtera

Alhamdulillah kita telah melangkah ke tahun baru 2010. Doa dan harapan saya MPP Zon 3 kekal bermotivasi dan berjaya dalam pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada warga seksyen 7 dan U12.

Ambang tahun baru SKUAD AMAN memulakan rondaan di dua kawasan, Taman Tasik dan Kawasan Perdagangan Seksyen 7. Kebetulan di i City ada sambutan tahun baru dan persembahan bunga api saya berkesempatan bersama beberapa sukarelawan dan menyerahkan 'nasi arab' kepada mereka. Tahniah dan ucapan terima kasih kerana memulakan usaha murni. Saya telah memaklumkan pihak polis, mbsa dan jais supaya kehadiran SA tidak menimbulkan masalah. Namun saya difahamkan pihak jais sendiri mengadakan operasi dan di fahamkan lebih 50 kes khalwat, minum arak dan berkelakuan sumbang di tangkap di seluruh Selangor.

Apa pun tugas SA membantu di harap tidak merosot bila keadaan mula sibuk selepas sekolah di buka nanti. Buatlah pemantauan yang patut di kawasan masing-masing dan kita akan selaraskan dengan SA dan pihak berwajib nanti.

Wednesday, December 30, 2009

PESERTA KOMPANG SEKSYEN 7 DI RAIKAN




salam sejahtera




MPP Zon 3 dengan kerjasama NGO Pertubuhan Mawaddah Malaysia dan Surau Attaqwa telah berjaya mengadakan program motivasi 'Luqmanulhakim' pada 25-26 Disember 2009.


Peserta program khusus kepada pemain kompang kumpulan yang juga bernama LuqmanulHakim. Ramai ibu bapa yang menyatakan ini pertama kali anak-anak mereka menghadiri program luar anjuran sekolah dan harapan penaja ialah mereka dapat manfaat untuk di jadikan panduan dalam kehidupan seorang ramaja.


10 ciri akhlak yang di asaskan dalam surah alquran Luqman termasuk mentauhidkan Allah, berkhidmat kepada dua ibu bapa, bersyukur, beramal soleh dan menjaga akhlak berkomunikasi. Amat mencabar nilai-nilai yang ingin di terapkan kerana budaya yang ada dalam masyarakat adalah menggalakkan sebaliknya.


Kehadiran Vip Adun dan ahli parlimen Shah Alam memberi suntikan semangat. Harap-harap sumbangan dapat di perolehi untuk menyediakan baju uniform kumpulan LuqmanulHakim. Pesan fasilitator dan semua yang berucap ialah 'bersyukurlah' ini juga pesan Luqman kepada anaknya yang di abadikan dalam AlQuran...semoga dengan anak-anak di ajar bersyukur menghargai nikmat penciptaan dan limpahan rahmat bahawa ada orang yang masih ingin membimbing mereka program akan menempa kejayaan insyaAllah.

Harapan saya semua AJK MPP, PMM, Skuad Aman dan ahli masyarakat dapat bekerjasama kerana medan amal terbuka luas untuk anda membantu genarasi akan datang. Sebesar zarrah pun amal jangan kita ragu akan mendapat balasan, begitu juga kalau ada usaha yang ingin menggagalkan usaha baik juga akan dapat hasilnya kelak. Waallahu'alam


Wednesday, December 23, 2009

PROGRAM MOTIVASI LUQMANULHAKIM


Salam sejahtera

MPP Zon 3 akan mengadakan kerjasam dengan Pertubuhan Mawaddah Malaysia pada 25-26 Disember bagi menganjurkan program motivasi peserta kompang LuqmanulHakim. Sejumlah 35 peserta berumur 10 - 16 tahun akan hadir.

Perancangan untuk mengutip dana melalui Pertubuhan Mawaddah Malaysia bagi program 'back to school' telah berjalan dan setakat ini empat individu dan satu badan koporat telah membuat sumbangan, antaranya:

En Luqman -RM500
Ibu Hafsah- RM200
Ust Maznah-RM150
En Hamdi- RM700
En Hairudin-RM300
Ust Marziah- RM50
BAKIT Telekom- RMN1000
Pertubuhan Mawaddah Malaysia -RM2000

Kos setiap pelajar yang menerima sepasang uniform sekolah yang di 'tailor', kasut, alat sekolah ialah RM100 seorang dan sejumlah 50 orang akan di taja. Sedikit kekurangan daripada dana yang di kutip akan di tampong oleh MPP Zon 3, insyaAllah.

Satu kejayaan kepada kumpulan kompang LuqmanulHakim kerana dalam program karnival Masjid Negeri baru-baru ini mereka mambuat persembahan ulung. Tahniah kepada anak-anak dan ibu bapa yang menyokong program ini.

Thursday, December 10, 2009

SOP (STANDARD OFFICE PROCEDURE) SKUAD AMAN

Salam

Khamis 10 Disember 2009 jam 10 malam satu perbincangan mengenai SOP Skuad Aman (SA) telah di adakan. Perbincangan di ketuai Penyelaras SA Dato' Muhammad Safaruddin Sidek. Kehadiran agak kurang di sebabkan ramai yang bercuti sempena cuti keputeraan DYMM Sultan Selangor.

Apa pun perbincangan telah mencapai matlamat menyediakan kaedah melaksanakan tugas SA yang bermula secara serentak dengan siapnya SOP termasuk taklimat oleh pihak JAIS. Harapannya sebelum 31 Disember akan tertubuh satu pasukan mantap yang akan di bekalkan dengan vest yang di simpan di surau atau di MPP bagi mengelak penyalahgunaan. Pihak surau di minta menyediakan senarai sukarelawan SA dengan maklumat yang lengkap. Semua dokumentasi perlu di selaras oleh MPP. Setiap sebelum dan selepas rondaan SA akan di laporkan kepada pihak polis dan jais.

Pengerusi MPP mengucapkan tahniah dan syabas kepada team pengasas SA khususnya encik NorAzizan dan Dato' Muhammad Safaruddin yang komited menjadikan SA satu kenyataan hari ini. Pihak MPP telahpun menydiakan bujet RM2500 untuk pelancaran SA dan 40 vest telapun di tempah dan di jangka siap pada hari Khamis akan datang.

Di akhir perbincangan semua yang hadir memohon agar SA di berkati dan mendapat keredhaan Allah. Ia merupakan amal soleh yang berteraskan ayat AlQuran bermaksud: Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang di keluarkan di kalangan manusia, menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah. Dengan keimanan yang tinggi ikrar SA menjadikan seksyen 7 kawasan yang di segani akan dapat di capai insyaAllah.

Wednesday, December 9, 2009

LUQMANUL HAKIM





Salam

Satu perbincangan dengan jurulatih-jurulatih kompang dan Nasyid telah di adakan malam selasa 8 Disember di pejabat MPP. Pada malam yang sama turut di syurkan jadual baru kelas bahasa mandarin untuk ajk mpp dan skuad aman. Namun hanya en Chan yang datang untuk membantu cik imma yang menjadi instruktor. Cik Imma adalah lepasan sekolah menengah jenis kebangsaan cina.

Di akhir malam itu juga satu pengesahan turut di buat untuk mengadakan program motivasi pelajar dengan modul "Luqmanul Hakim 1"

Mengapa di pilih nama Luqmanul Hakim adalah berasaskan 10 prinsip dan pesanan orang soleh Luqman yang di sebut dalam surah Luqman dalam AlQuran iaitu supaya:1. Bersyukur,2. Tidak mensyirikkan Allah,3. Berbuat baik kepada ibu bapa, 4.Beramal soleh, 5.Menjaga solat, 6.Mengerjakan amar maaruf dan mencegah mungkar, 7.Bersabar dengan ujian dan musibah, 8.Tidak berlaku sombong diri, 9.Sederhana berjalan dan 10.Melunakkan suara bila bercakap.

Persetujuan yang di capai ialah supaya MPP menyediakan bujet untuk membeli 40 unit kompang dan ujian persembahan pertama akan di adakan dalam program di Masjid Negeri pada 20 Disember. Jika perancangan mengadakan semula karnival Taman Tasik @7 berlaku tarikh 27 Februari 2010 di pilih untuk pelbagai aktiviti di jalankan termasuk persembahan kompang kumpulan Luqmanul Hakim' Segala usaha akan di buat untuk mencari penaja uniform kumpulan ini dan latihan akan berterusan hingga bulan Jun 2010 dua kali seminggu.

Kumpulan nasyid MPP Zon 3 juga dengan nama kumpulan nasyid Luqmanul Hakim turut di cadangkan bermula awal tahun 2010 selama 6 bulan berakhir Jun 2010. Peserta adalah daripada kariah surau-surau AtTaqwa dan Al Islah. Harapannya akhir Jun 2010 akan menyaksikan dua kumpulan iaitu kompang dan nasyid menjadi kebangga MPP Zon 3.

Bagi menyuntik semangat tabah, jati diri dan komitmen kepada kumpulan Luqmanul Hakim program motivasi berkala akan di jalankan dengan bantuan Pertubuhan Mawaddah Malaysia (PMM) yang akan mencarikan pakar motivasi. Program pertama sedang diaturkan pada 25 dan 26 Disember 2009. Mungkin tarikh yang sama akan di jalankan program 'back to school' dan penyampaian hadiah peserta "Folk Art' serta pelancaran Skuad Aman. Pihak mpp sedang memikirkan majlis ringkas yang melibatkan beberapa VIP.

MPP ZOn 3 sedang menyediakan bujet untuk Karnival Taman Tasik @ 7 dengan bantuan Jabatan Taman MBSA. Harapannya peruntukan dapat di luluskan untuk memulakan perancangan. sekian xie xie- sebutan shiea shiea (bahasa mandarin untuk terima kasih)